Hampir 30,000 Peminat Muzik Trance Banjiri ‘ASOT 600: The Expedition World Tour’

 

Hampir 30,000 orang peminat muzik trance semalam membanjiri Sepang International Circuit untuk menyaksikan ‘ASOT 600: The Expedition World Tour’ yang julung kalinya diadakan di Asia. Ia dikhususkan semata-mata untuk meraikan pertunjukan legenda Armin Van Buuren ‘A State of Trance: 600’ (ASOT600) kali ke-600. Acara ini juga akan menyaksikan persembahan artis yang dipilih sendiri oleh Armin seperti, Aly & Fila, Ben Gold, Cosmic Gate, Super8 & Tab dan W&W berkongsi pentas bersama Armin Van Buuren, DJ nombor satu dunia.

Diadakan buat pertama kalinya di Malaysia dan Asia, persembahan ASOT600 oleh Armin Van Buuren hanyalah satu daripada 12 acara yang telah diumumkan bakal berlangsung di peringkat global tahun ini. Malaysia telah disahkan sebagai destinasi tunggalnya di Asia Tenggara. Apa yang penting, ASOT600 di Kuala Lumpur yang merupakan salah satu rancangan radio campuran yang paling popular di muka bumi bakal menarik kira-kira 20 juta manusia di 26 negara serata dunia untuk mengikuti siaran langsung acara bersejarah di Sepang semalam.

 

[nggallery id=143]

 

Check Also

Ahli Termuda Backstreet Boys Nick Carter Bakal Menghiburkan Peminat Malaysia Selepas Sedekad Dengan Konsert Solo

Hitman Solutions dan Happymoon dengan sukacitanya mengumumkan konsert pertama tahun 2025 dengan kemasukan Malaysia dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *