Beego & Linda Hashim Selamat Disatukan Dengan Sekali Lafaz

Pelakon, Beego atau lebih dikenali Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,31 selamat diijab kabulkan dengan aktres, Norhazlinda Hashim,29 atau lebih dikenali dengan Linda Hashim dengan sekali lafaz pada jam 9.26 malam semalam di di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur .

Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna ‘peach’ ini telah diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh ayah pihak perempuan Hashim Yusuf.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM35,000.

Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Quince, tepak sirih, jam jenama Titus, sebentuk cincin, sepasang jubah, set pewangi Burbery dan beg tangan Furla.

Manakaka pihak lelaki menerima seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata Cartier, sebentuk cincin Amporia Armani, set penjagaan diri L’eau D’issey Pour Homme, coklat Hershey’s Rocher dan sirih junjung.

Persalinan pengantin pada malam ini telah ditaja oleh Butik Erins & Erina Sequins.

*credit to Rotikaya

[nggallery id=167]

 

Check Also

selebritionline portal hiburan

LG UMUM HASIL KEWANGAN SUKU KEDUA 2025, FOKUS KEPADA PERTUMBUHAN BERKUALITI

SEOUL, 25 JULAI 2025 – LG Electronics Inc. hari ini mengumumkan keputusan kewangan LG suku …

selebritionline portal hiburan

KESELAMATAN SIBER AI CELCOMDIGI PERKUKUH PERUSAHAAN MALAYSIA

PETALING JAYA, 25 JULAI 2025 – Dalam menghadapi ancaman digital yang semakin kompleks dan pesat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *