Konsert Sang Pencinta M.Nasir Ditunda Ke 28,29 & 30 Jun 2013

 

Desas desus mengatakan kelembapan penjualan tiket menjadi penyebab tarikh asal Konsert Sang Pencinta M.Nasir itu yang pada asalnya dijadualkan 7 hingga 9 Jun diubah kepada 28 hingga 30 Jun 2013 telah diperjelaskan oleh pihak penganjur.

Pengarah konsertnya, Zamberi Shaari berkata, isu kelembapan jual tiket itu tidak pernah timbul sebaliknya memberitahu perubahan itu disebabkan oleh kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang masih belum reda dikalangan penduduk di negara ini.

“Walaupun PRU13 telah berakhir tetapi ia masih menjadi tumpuan dan perbualan hangat dikalangan rakyat Malaysia dan bukannya perkara lain termasuk muzik. Jadi perubahan ini dilakukan supaya situasi itu reda terlebih dahulu dan bukannya disebabkan oleh kelembapan penjualan tiket,” menurutnya pada sidang media konsert M.Nasir Sang Pencinta di Istana Budaya.

Dalam pada itu, Datuk M.Nasir ketika ditemui berkata, konsert itu nanti akan menampilkan kelainan kerana ia bakal menggabungkan audio dan visual bagi membawa penonton lebih menjiwai lagu-lagu yang bakal dipersembahkan.

Penonton konsert pertama Datuk M.Nasir selepas empat tahun tidak beraksi ini juga akan berpeluang untuk melihat Datuk M.Nasir berlakon disamping mempersembahkan lagu-lagu yang bakal dibawakan dalam bentuk teater muzikal.

Tiket konsert M.Nasir Sang Pencinta dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455 dan untuk mendapatkan tiket boleh melayari www.ticket2u.biz atau menghubungi ticket2u di talian 03-41478600.

 

Check Also

Peserta Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 bersama Dr Hisham, Coach Temizi & Ayu Damit di The Mines Resort & Golf Club

PROGRAM RESET DIRI UBAH REZEKI 2025 PERKASA USAHAWAN DENGAN NLP & GROWTH MINDSET

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2025 – EcoTwin Step Sdn Bhd telah menganjurkan Program Reset Diri …

Hello Bam Bam Drama TikTok 2025

HELLO BAM BAM DRAMA TIKTOK ANGKAT ISU MENTAL DAN TRAUMA

Kuala Lumpur, 10 September 2025 – Hello Bam Bam hadir sebagai drama TikTok CSR yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *