‘Kronologikal’ Album Kompilasi Dari Butterfingers

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan BUTTERFINGERS yang dahulunya popular dengan lagu-lagu mereka yang bergenrekan grunge. Sekumpulan pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah secara rasmi menubuhkan BUTTERFINGERS pada akhir tahun 1993 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Loque (penulis lagu, pemain gitar), Emmet (vokalis, pemain gitar, dan penulis lirik), Kadak (pemain bass) dan Kalai (pemain drum). Mereka mula mencipta lagu-lagu mereka sendiri dengan harapan untuk menempah nama di persada muzik tanah air. BUTTERFINGERS kemudian dilihat mudah menjinakkan muzik di dalam diri kerana sering dijemput untuk beberapa persembahan kecil dan gig sehingga membuatkan kebanyakkan tiket persembahan mereka habis dijual dan sehingga kini mereka digelar sebagai ‘the stuff of underground legends’ oleh peminat-peminat tanah air.

Demo tape yang diberi nama “1 goat, 2 apples and 16 oranges” telah menjadi titik permulaan kepada BUTTERFINGERS dimana ia telah menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik ‘underground’ Malaysia pada suatu ketika dahulu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era Grunge pada ketika itu yang dipelopori dan diterajui oleh band-band ternama antarabangsa seperti Pearl Jam dan Nirvana. Persembahan mantap yang dibangkitkan oleh BUTTERFINGERS telah menjadikan mereka sebagai salah satu band ‘underground’ Malaysia yang paling dikenali.

Kini, BUTTERFINGERS tampil dengan sebuah album kompilasi yang bertajuk KRONOLOGIKAL yang mempamerkan lagu-lagu hebat mereka di dalam sejarah muzik Malaysia. Album ini memuatkan lagu-lagu hit daripada BUTTERFINGERS seperti ‘The Chemistry (Between Us)’, ‘Epitome’, ‘Mati Hidup Kembali’, ‘Bebas’ dan banyak lagi. Untuk CD satu, ia mengandungi lagu-lagu daripada album 1.2 Miligrams dan Butter Worth Pushful dan juga dua buah lagu versi ‘live’ dari Peristiwa di Batu Keras yang bertajuk ‘Stolen’ dan ‘Faculties of The Minds’. CD dua pula mengemukakan lagu-lagu daripada album Transendence dan Malayneum serta sebuah single ‘rare’ yang bertajuk ‘Inhale’. CD ketiga pula merangkumi lagu-lagu daripada dua album berbahasa Melayu mereka iaitu Selamat Tinggal Dunia dan Kembali.

Harga bagi album ini adalah RM 39.90. Album KRONOLOGIKAL daripada BUTTERFINGERS ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Check Also

selebritionline portal hiburan – peserta Junior Celebrity World 2025 di Pavilion Damansara Heights

JUNIOR CELEBRITY WORLD 2025 TAMPILKAN BINTANG CILIK GLOBAL DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 23 JUN 2025 — Junior Celebrity World 2025 – 1st Edition mencetus sensasi …

selebritionline portal hiburan Lapisan Pâtissierie Johor Bahru

LAPISAN PÂTISSERIE JOHOR BAHRU DIBUKA – DESTINASI DESSERT TERKINI DI MID VALLEY SOUTHKEY

JOHOR BAHRU, 25 JUN 2025 — Lapisan Pâtisserie terus mengembangkan legasi pastri berlapis 12 laminasinya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *