Nabil dan Kencana Dewi Sertai Ceria Pagi Di Suria…….

Selari dengan bermulanya tahun 2012 ini,Suria FM maju setapak lagi dalam memberikan yang terbaik kepada para pendengar.Memasuki tahun ke 5,Suria FM terus unggul sebagai stesen radio berbahasa Melayu dengan peningkatan tertinggi jumlah pendengar selama 2 tahun berturut-turut.

Untuk tahun 2012, 2 penyampai baru iaitu Nabil dan Kencana Dewi akan digandingkan dengan Halim Othman untuk mengemudi segmen Ceria Pagi Di Suria.Segmen pagi ini akan keudara seawal 5 pagi hingga 10 pagi.Pada 10 pagi hingga 1 petang ,Zizi dan Myra akan mengambil alih dan diikuti oleh Bob Ringgo dari jam 1 petang hingga 4 petang.

Masih kekal diposisinya ialah Linda Onn dengan segmen yang keudara dari jam 4 petang hingga 8 malam. Pada sebelah malam pula,Tyzo akan menemani para pendengar dengan celotehnya yang bermula jam 8 malam hingga 11 malam.Lewat jam 11 malam, DJ Lin mengambil tempat untuk meneruskan segmennya sehingga jam 2 pagi.Selain itu, beberapa perancangan promosi,ground event dan siri jelajah roadshow juga telah diaturkan bagi memastikan apa yang dirancang mencapai matlamat.

Segala pembaharuan ini akan mula keudara pada 9 Januari 2012.

 

 

Check Also

selebritionline portal hiburan – peserta Junior Celebrity World 2025 di Pavilion Damansara Heights

JUNIOR CELEBRITY WORLD 2025 TAMPILKAN BINTANG CILIK GLOBAL DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 23 JUN 2025 — Junior Celebrity World 2025 – 1st Edition mencetus sensasi …

selebritionline portal hiburan Lapisan Pâtissierie Johor Bahru

LAPISAN PÂTISSERIE JOHOR BAHRU DIBUKA – DESTINASI DESSERT TERKINI DI MID VALLEY SOUTHKEY

JOHOR BAHRU, 25 JUN 2025 — Lapisan Pâtisserie terus mengembangkan legasi pastri berlapis 12 laminasinya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *