Pierre Andre Selamat Diijabkabulkan Dengan Siti Nur Hidayah Hashim

Selepas empat bulan mengikat tali pertunangan, pelakon dan pengarah Pierre Andre akhirnya sah bergelar suami kepada model Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dengan sekali lafaz, tepat jam 2.06 petang tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.Pemilik nama sebenar, Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, telah dinikahkan oleh Ybhg. Ustaz Zuhdi Razali.

Nurhidayah atau lebih mesra dengan panggilan Yaya menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Pierre yang juga merupakan anak sulung kepada dramatis terkenal, Khatijah Tan, memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa wang hantaran, telekung, set wangian Incanto, sebuah beg tangan berjenama Guess, seutas jam tangan berjenama Guess, set barang kemas Habib Jewels dan sebuah telefon bimbit iPhone5.
Sebagai balasan, Yaya memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa tiga buah buku ilmiah, sepasang kasut New Balance, Coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set Kamera, set wangian Eternity, PSVita Wifi limited edition, sebentuk cincin dan sireh junjung.
Pengarah filem I’m Not Single itu segak berbaju kot dan Nurhidayah anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan  dan para wakil media.
Menurut Pierre majlis resepsi kedua-dua pihak akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Bagaimanapun tarikh dan tempat masih belum ditentukan.
[nggallery id=171]

Check Also

Band Roncas bersama visual psychedelic Jahal

RONCAS LANCAR EP JAHAL DENGAN GAYA PSYCHEDELIC ROCK

Shah Alam, 8 September 2025 – Band alternatif tempatan Roncas secara rasmi melancarkan EP terbaru …

Malam 3 Suara Kuala Lumpur 2025 dengan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.

MALAM 3 SUARA KUALA LUMPUR 2025: RIZKY FEBIAN, FABIO ASHER & ANGGI MARITO

Kuala Lumpur, 9 September 2025 – Konsert Malam 3 Suara bakal menggegarkan Idea Live Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *