Senarai Penuh Keputusan Anugerah Planet Muzik 2012

 

Pada Sabtu lepas telah berlangsung Anugerah Planet Muzik (APM 2012) di Max Pavilion,Singapore Expo. Ia dianjurkan oleh MediaCorp’s, Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM. Ia membabitkan tiga negara iaitu Singapura,Malaysia dan Indonesia.

Antara artis-artis yang hadir pada anugerah tersebut adalah Datuk Sheila Majid,Sheila Amzah,Mojo,Alyah,Zizan,Kaka,Amanda Amani dari Malaysia dan Judika,Kotak,Maria Calissta,Keith Foo serta Anji dari Indonesia manakala dari Singapura pula adalah Taufik Batisah,Hady Mirza,Aliff Aziz,Awi Rafael dan Teacher’s Pet.

Pengacara untuk majlis anugerah ini adalah TG (Warna 94.5Fm) dari Singapura, Dato’ AC Mizal dari Malaysia dan Sophie Navita dari Indonesia.

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012:

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki):
Anji (Hatiku) Berhenti Di Kamu

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita):
Raisa (Serba Salah)

Pemenang Duo/Kumpulan Baru Terbaik:
Audionaut (Maha Bisa Rahsia)

Anugerah Hits Radio:
Aishiteru (Zivilia Band)

Pemenang NOVA Media Baru:
Abdul Mutaleeb dari UiTM Malaysia

Pemenang Ikon Media Baru:
Sleeq

Lagu Terbaik Singapura:
Pulanglah (Awi Rafael)

Lagu Singapura Paling Popular:
Ku Tetap Menunggu (Hardy Mirza)

Pemenang Kolaborasi Terbaik:
Taufik Batisah & Rossa – Aku Bersahaja.

Pemenang Duo Kumpulan Terbaik:
Kotak

Pemenang Artis Singapura Paling Popular:
Taufik Batisah

Pemenang Artis Serantau Paling Popular:
Taufik Batisah

Pemenang Artis Lelaki Terbaik:
Hafiz

Pemenang Artis Wanita Terbaik:
Shila Amzah

Anugerah Khas #APM2012:
Datuk Sheila Majid

Pemenang Lagu Terbaik #APM2012:
Kisah hati (Alyah)

Pemenang Lagu Serantau Paling Popular #APM2012:
Ku Kan Tetap Menunggu (Hardy Mirza)

 [nggallery id=125]

Check Also

Pengarah JOMhotel.com Anthony Kong bersama rakan hotel di Societe Suites Hartamas Kuala Lumpur

JOMHOTEL.COM MALAYSIA UBAH CARA TEMPAHAN HOTEL SAAT AKHIR

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – JOMhotel.com, platform tempahan hotel hari sama yang dibangunkan dan …

Kristal X dan Azlan The Typewriter di Konsert Rockolusi Kuasa Dua Zepp Kuala Lumpur 2026

ROCKOLUSI KUASA DUA KRISTAL X & AZLAN THE TYPEWRITER GEGAR ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Dua nama besar muzik tempatan, Kristal X dan Azlan …

Leave a Reply