‘The Legendary Concert’ Gabungkan Empat Lagenda

Inilah kali pertama satu konsert menampilkan Datuk Sheila Majid dihimpit tiga kumbang terkenal negara. Diapit Zainal Abidin, Amy Search dan Jamal Abdillah, tenaga ikon muzik itu sedang membidik satu fokus demi The Legendary Concert 2012 – Dulu, Kini dan Selamanya.

Idea istimewa tersebut dicetuskan oleh penyanyi Zainal Abidin sendiri selaku penganjur konsert mewakili iaitu Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd, optimis gandingan mantap tersebut mampu menarik peminat muzik tempatan bersatu untuk berhibur.

Konsert ini membabitkan lima lokasi iaitu bermula di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 5 Mei, diikuti Stadium Likas, Kota Kinabalu (19 Mei), Stadium Kuching, Kuching (26 Mei), Pulau Pinang (23 Jun) dan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).

Tiket-tiket berharga RM100,RM200,RM300 dan RM600 telah mula dijual.

Untuk makluman lanjut sila layari www.legendary.my.

*credit to murai dan kosmo

Check Also

Peserta Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 bersama Dr Hisham, Coach Temizi & Ayu Damit di The Mines Resort & Golf Club

PROGRAM RESET DIRI UBAH REZEKI 2025 PERKASA USAHAWAN DENGAN NLP & GROWTH MINDSET

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2025 – EcoTwin Step Sdn Bhd telah menganjurkan Program Reset Diri …

Hello Bam Bam Drama TikTok 2025

HELLO BAM BAM DRAMA TIKTOK ANGKAT ISU MENTAL DAN TRAUMA

Kuala Lumpur, 10 September 2025 – Hello Bam Bam hadir sebagai drama TikTok CSR yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *