“Video Games Lives” Kembali Ke Malaysia

‘Video Games Live’ Live In Malaysia 2012 bakal diadakan pada 26 & 27 Mei 2012 di Istana Budaya jam 8 malam. Ia dibawa khas oleh ZI Production Sdn Bhd dan GEM Impact Sdn Bhd dengan kerjasama oleh Istana Budaya,DBKL ,Malaysian Band Association dan CosPlay-Fun Malaysia. Composer Video Game terkenal iaitu Tommy Tallarico turut akan hadir.

VGL merupakan konsert pertama yang memainkan muzik dan permainan video terkenal dari Super Mario dan Final Fantasy. Setelah sukses di konsert sulung yang berlangsung di Hollywood Bowl, Amerika Syarikat pada tahun 2005 dengan kehadiran lebih 11 ribu penonton.Diketuai oleh pencipta VGL, Tommy sendiri serta barisan Okestra Simfoni Kebangsaan, persembahan selama 2 jam itu juga bakal diperdengarkan medley Classic Arcade yang memainkan muzik dari permainan video seperti PongDonkey KongDragon’s LairTetresFroggerGaunlet,Space Invanders dan Outrun.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tiket-tiket berharga RM95, RM135, RM195, RM235 dan RM295 boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my atau hubungi Hotline Ticket Pro di talian 03-78807999 mulai Isnin depan. Maklumat lanjut, layari www.videogameslive.com.

 

Check Also

Pengarah JOMhotel.com Anthony Kong bersama rakan hotel di Societe Suites Hartamas Kuala Lumpur

JOMHOTEL.COM MALAYSIA UBAH CARA TEMPAHAN HOTEL SAAT AKHIR

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – JOMhotel.com, platform tempahan hotel hari sama yang dibangunkan dan …

Kristal X dan Azlan The Typewriter di Konsert Rockolusi Kuasa Dua Zepp Kuala Lumpur 2026

ROCKOLUSI KUASA DUA KRISTAL X & AZLAN THE TYPEWRITER GEGAR ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Dua nama besar muzik tempatan, Kristal X dan Azlan …

Leave a Reply