Watak Dongeng Di Dunia Moden Dalam ‘Once Upon A Time’

Terbaru, Saluran Ceria Anda, ntv7 akan membawakan sebuah siri TV terkenal Once Upon A Time bermula 28 Oktober, setiap hari Ahad jam 9.30 malam buat pertama kalinya di saluran TV tidak berbayar Malaysia.

Siri Once Upon A Time dicipta oleh penerbit eksekutifnya, Adam Horowitz dan Edward Kitsis yang juga pernah membawakan siri hebat Lost sebelum ini.

Mengetengahkan kisah puteri salju sebagai premis utama, Once Upon A Time bukanlah sekadar kisah cermin ajaib mahupun epal beracun, malah jalan cerita uniknya membawakan kisah selanjutnya mengenai pasangan Snow White dan Prince Charming yang disangkakan berakhir dengan pengakhiran yang penuh bahagia.

Berlatarkan dua dunia berbeza di antara moden dan fantasi, Once Upon A Time mengisahkan kehidupan Emma Swan (Jennifer Morrison), 28 tahun yang sering bersendirian sejak ditinggalkan ketika dia masih bayi. Namun segalanya berubah apabila anak kandung yang pernah diberikannnya beberapa tahun lalu tiba-tiba datang menemuinya. Henry yang kini berusia 10 tahun amat memerlukan pertolongan Emma. Henry percaya bahawa Emma sebenarnya adalah anak kepada Snow White dan Prince Charming.  Menurut buku yang dimiliki Henry, hanya Emma satu-satunya harapan bagi menamatkan sumpahan Evil Queen. Sumpahan itu telah memerangkap kesemua hidupan dongeng di sebuah bandar bernama Storybrooke di mana masa dibekukan dan memori identiti sebenar mereka telah dipadamkan.

Menggunakan teknik imbas muka dan imbas kembali, para penonton bakal didedahkan kepada kedua-dua dunia fantasi dan moden untuk mula memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku. Bersiaran selama 22 episod, penonton pastinya akan mula cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan yang timbul.

Check Also

Pengarah JOMhotel.com Anthony Kong bersama rakan hotel di Societe Suites Hartamas Kuala Lumpur

JOMHOTEL.COM MALAYSIA UBAH CARA TEMPAHAN HOTEL SAAT AKHIR

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – JOMhotel.com, platform tempahan hotel hari sama yang dibangunkan dan …

Kristal X dan Azlan The Typewriter di Konsert Rockolusi Kuasa Dua Zepp Kuala Lumpur 2026

ROCKOLUSI KUASA DUA KRISTAL X & AZLAN THE TYPEWRITER GEGAR ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Dua nama besar muzik tempatan, Kristal X dan Azlan …

Leave a Reply