‘3 Janji’ Gantikan ‘Vanilla Coklat’ Di Slot Lestary TV3 Bermula Malam Ini

‘3 Janji’ bakal menggantikan ‘Vanilla Coklat’ di slot Lestary TV3 pada malam ini. Ia dibarisi oleh Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Hanez Suraya dan ramai lagi. Ia akan ditayangkan pada jam 9 malam ini.

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Heykal Hanifah adalah terbitan HNJ Production Sdn Bhd. Manakala  skripnya ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Dalia (Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) yang berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan menyayangi akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentisa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sabahat terbaik, menjadi kekasih & suami terbaik buat Dalia.

Apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 janji tersebut?  Jangan lupa tonton setiap Selasa jam 9 malam.

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply