Adi Putra dimasukkan ke wad kecemasan – Isteri

Pelakon popular Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini.

Bagaimanapun, isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, ketika dihubungi Utusan Online enggan menjawab sebarang soalan, termasuk keadaan suaminya dan hospital berkenaan.

“Maaf saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Kami masih berada di wad kecemasan,” katanya ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Zuhaidah dalam laman Instagramnya kira-kira pukul 9 pagi ini memaklumkan bahawa beliau sedang berada di dalam ambulans untuk membawa Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, ke hospital.

Dua hari lalu, isterinya turut memuatkan gambar Adi sedang terlantar di hospital tetapi tidak memberikan penjelasan berhubung punca pelakon lelaki digilai itu dimasukkan ke hospital.

Adi sebelum Aidilfitri lalu dilapor berada di Mekah kerana menunaikan umrah. –

 

Sumber – Utusan Online

Check Also

Persembahan artis legenda di Konsert Ijmal Ramadan 3.0 Kuala Lumpur

KONSERT IJMAL RAMADAN 3.0 HIDUPKAN NOSTALGIA DAN BANTU ANAK SENI

Suasana penuh emosi dan nostalgia jelas terasa apabila Konsert Ijmal Ramadan 3.0 berjaya menghimpunkan barisan …

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

TAK TERJAWAB FILEM AIDILFITRI 2026 BAWA EMOSI DAN KELANGSUNGAN

Filem Aidilfitri 2026, ‘Tak Terjawab’, memukau penonton dengan kisah kehilangan dan pencarian hidayah. Lakonan sensasi …

Leave a Reply