AJL 27 Raih Lebih 6 Juta Penonton!

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil kelmarin, Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta (20 TVR) atau 65% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan AJL 27 telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah sebanyak 6 juta.

Sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara berprestij pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan. Bukan sahaja di kaca televisyen, AJL 27 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Purple Carpet dan Di Sebalik Tabir.

Jumlah tontonan secara live streaming mencecah hampir 225,000 dengan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 108,356, diikuti negara-negara lain seperti Singapura (8,057), United Kingdom (3,461), Jepun (1,828) dan Brunei (1,661).

Laman web rasmi Anugerah Juara Lagu 27 pula berjaya mendapat lebih dari setengah juta page views iaitu 507,000 dengan unique views sebanyak 111,350. Manakala di laman sosial media Twitter, #AJL27, #Ramli Sarip dan #Azlan and the Typewriter merupakan tiga kata kunci tertinggi pada malam itu. Sebanyak 149,593 tweets telah dikongsi menggunakan kata kunci #AJL27 dan #AJL.

Check Also

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

SOLIDARITI MESRA SETIAWANGSA SATUKAN IBADAH DAN KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN & SUDAN

Keprihatinan komuniti Setiawangsa terhadap krisis kemanusiaan global dizahirkan menerusi penganjuran Solidariti Mesra Setiawangsa – Palestin …

BIENZ Putrajaya dengan pizza A5 Wagyu dan ruang makan luas

BIENZ PILIH PUTRAJAYA UNTUK CAWANGAN KEDUA, PIZZA A5 WAGYU KINI LEBIH DEKAT

Jenama F&B tempatan premium, BIENZ, terus mengorak langkah baharu apabila rasmi membuka cawangan kedua di …

Leave a Reply