Aksi Lucu & Spontan Di ‘Kecoh Pengacara Beraya’

Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang pada Khamis nanti, TV3 mempersembahkan sebuah program gameshow iaitu ‘Kecoh Pengacara Beraya’ menampilkan Fara Fauzana (Nona), Neelofa (Nona), Scha Al-Yahya (Muzik Muzik 28), Amyza Aznan (Woot! Woot!), Zizan Razak (Melodi), Awal Ashaari (Melodi), Faizal Ismail (Anugerah Juara Lagu & Vokal)  dan Kamal Adli (Hip TV). Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan (Wajik) diwakili oleh pengacara lelaki dan satu lagi kumpulan (Burn D’ Bamboo) oleh pengacara perempuan.

Istimewa dan uniknya program gameshow ini berbanding yang lain di mana ia akan berlangsung tanpa pengacara sepanjang rakaman berlangsung dan sebaliknya menggunakan suara latar (voice-over) oleh AG. Bukan itu sahaja, ‘Kecoh Pengacara Beraya’ juga menggunakan set ala gelanggang tinju yang dikelilingi oleh penonton.
Fafau, Neelofa, Scha, Amyza, Zizan, Awal, Faizal dan Kamal akan diuji dalam tiga cabaran berbeza, iaitu ‘Mengulas Sukan’, ‘Teka Selebriti’ dan ‘K-Pop Style’. Oleh kerana kesemua pengacara lebih banyak terlibat dengan program berbentuk hiburan dan majalah, mereka akan dicabar untuk mengulas sukan, contohnya, Muay Thai dan Gimnastik, sesuatu yang agak asing bagi mereka. Pemenang pusingan pertama ini akan ditentukan oleh penonton.
Cabaran seterusnya ialah ‘Teka Selebriti’. Seorang ahli dari setiap kumpulan akan cuba meniru gaya atau aksi selebriti tersebut tanpa memberitahunya secara langsung manakala tiga yang lain akan cuba meneka siapakah selebriti yang dimaksudkan.
Pusingan ketiga dan terakhir merupakan cabaran ‘K-Pop Style’. Pengacara-pengacara ini akan diuji untuk meniru tarian kumpulan K-Pop popular, di mana kumpulan perempuan akan cuba menari mengikut tarian kumpulan Super Junior manakala kumpulan lelaki akan cuba menari mengikut tarian kumpulan Girls’ Generation. Seperti pusingan pertama, pusingan ini juga bakal ditentukan oleh penonton.
Penuh dengan gelagat dan aksi spontan yang mencuit hati dari barisan pengacara-pengacara ini, jangan lupakan saksikan Kecoh Pengacara Beraya pada 9 Ogos 2013 (Hari Raya Kedua) pada jam 6.00 petang.

Check Also

Ari Lesmana KL konsert Mangu di Zepp Kuala Lumpur

ARI LESMANA KL BAWA MANGU KE ZEPP, TIKET JUALAN 2 APRIL 2026

Aura emosi, eksperimen muzik dan hype peminat mula terasa apabila Ari Lesmana KL akhirnya diumumkan …

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Leave a Reply