“APER CELOP” ~ Buah Tangan Terbaru Ahmad Idham Utk Slot Aksi TV3

“APER CELOP” adalah buah tangan terbaru dari Ahmad Idham untuk slot Aksi TV3. Ia adalah drama 13 episod terbitan Excellent Pictures merupakan cetusan idea yang bertindak sebagai pengarah dan digarap oleh Meor Shariman sebagai penulis skrip.Ia bakal ditayangkan mulai 20 Februari 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengisi Slot Aksi di TV3.

Barisan pelakon yang membintangi drama ini seperti Kamal Adli,Taiyuddin Bakar,Wan Sharmila, Amanda Misbun,Ika Nabella, Azad Jasmin,Fendi Balas, Zed Zaidi, Shenthy Feliziana, Anne Abdullah, Den Wahab, Rahim Omar, Dian P.Ramlee dan Kuna.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.

Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut.

Apa yang akan berlaku seterusya? Nantikan “APER CELOP” di Slot Aksi setiap hari Isnin jam 9.00 malam mulai 20 Februari di TV3….

 

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply