Arafah Edruce dan Safiq Rahim Bercinta?

Kalau pelakon cantik Siti Saleha kini khabarnya sedang hangat menjalin cinta dengan penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney. Terbaru seorang lagi selebriti tempatan yang dikatakan sedang asyik dilamun cinta dengan seorang lagi pemain bola sepak.

Anda mungkin kenal dengan Safiq Rahim tapi anda mungkin juga anda tertanya-tanya siapakah Arafah Edruce ni? Tapi apa yang penting di sini, gambar mesra mereka berdua sudah mula tersebar luas di internet. Lantas menimbulkan spekulasi, apakah kapten bola sepak kebangsaan dengan selebriti juga sosialis ni mempunyai hubungan istimewa?

Di laman portal murai.com ada menyebut foto tersebut dirakam sewaktu Safiq Rahim menyambut sambutan hari ulang tahun kelahirannya pada 5 Julai lalu. Barangkali bagi setengah pihak, gambar sebegini sama seperti gambar biasa yang dirakamkan daripada seorang peminat terhadap bintang idolanya. Pun begitu, tertanya-tanya juga kami siapakah yang peminat dan siapa pula yang diminati dalam kes gambar ini?

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply