Astro Buka Saluran Pakej Mustika & Astro Mustika HD Kepada Semua Pelanggan Mulai 9 -17 November 2012

 

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan para pelanggan yang setia, pihak Astro dengan berbesar hati akan membuka saluran-saluran premium dalam Pakej Mustika iaitu Astro Citra (131),  Astro Warna (132), Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) untuk hiburan yang berterusan buat semua pelanggan mulai 9 hingga 17 November 2012 jam 6.00 pagi.

Mulai 9 hingga 17 November kelak, para penonton akan dapat menikmati pelbagai koleksi filem menarik dari dalam dan luar negara menerusi saluran Astro Citra (131) seperti Ayat-Ayat Cinta, Bujang Terlajak,  Kepergok Pocong, Dorm serta banyak lagi. Tambah menarik lagi, Astro Citra juga turut menayangkan filem-filem menghiburkan lakonan Aaron Aziz yang telahpun disusun khas untuk tontonan para peminat seperti Datin Ghairah, KL Gangster, Evolusi KL Drift 2, Pisau Cukur dan banyak lagi.

Manakala menerusi saluran Astro Warna (132) pula, para penonton pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menonton episod akhir program Onyomat Geset Go pada 9 November ini untuk mengetahui pelawak manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000. Nantikan juga episod pertama pertarungan lawak paling berprestij iaitu Maharaja Lawak Mega 2012 yang akan bersiaran buat pertama kali secara langsung pada 16 November 2012. Kedua program ini juga akan bersiaran secara serentak menerusi saluran Astro Mustika HD (134).

Selain itu, para penonton juga boleh bergelak ketawa dengan menonton program-program komedi baru di saluran ini termasuklah Opera Sabun Boboi, Pondok Jambu serta ulangan koleksi terbaik program-program komedi kegemaran ramai seperti Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia.

Bagi para penggemar program berbentuk telenovela pula pastinya akan lebih teruja dengan himpunan pelbagai drama telenovela yang pastinya menghiburkan di saluran Astro Bella (133) seperti telenovela bersiri menarik dari Latin berjudul Infamia. Bukan itu sahaja, para penonton juga boleh menikmati pelbagai koleksi drama telenovela lain seperti Budoy, Quererte Asi, Daniela dan Morena.

Selain daripada menawarkan program-program yang turut disiarkan secara serentak di saluran lain seperti program MasterChef Malaysia & RM1, 000, 000 Money Drop (tayangan serentak di Astro Ria 104), Primadona (tayangan serentak di Astro Prima 105) dan Entri Jameela (tayangan serentak di Astro Oasis 106), saluran Astro Mustika HD (134) yang hanya menyiarkan program-program dalam bentuk definisi tinggi turut membariskan program hebat seperti drama bersiri Adam & Hawa yang dibintangi oleh nama-nama popular seperti Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Norman Hakim,  Amyza Adnan dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, nantikan juga filem-filem tempatan yang turut ditayangkan menerusi saluran ini seperti Ngangkung, Hantu Bonceng, Bini Biniku Gangster, Kongsi dan banyak lagi.

Check Also

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Pelancaran Asian Youth Festival 2026 oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Saloma Kuala Lumpur.

MALAYSIA LANCAR ASIAN YOUTH FESTIVAL 2026: PLATFORM UTAMA SOKONG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelancongan belia di rantau ini dengan pelancaran rasmi Asian …

Leave a Reply