Astro Ceria Sediakan Platform Untuk Kanak-Kanak Dalam ‘SUPERSTAR’

Melihat kepada fenomena bidang tarian yang semakin menjadi ikutan ramai, Astro Ceria berbesar hati membawakan sebuah program realiti khas untuk kanak-kanak yang meminati bidang ini berjudul SUPERSTAR. Sebanyak lapan kumpulan peserta telah dipilih barisan juri profesional hasil pencarian bakat di lima buah negeri di seluruh negara. Kesemua peserta ini bakal bersaing dan mengejar gelaran juara yang akan disiarkan setiap hari Ahad bermula 11 November 2012 pada jam 11.00 pagi hanya di saluran Astro Ceria (611).

Lapan kumpulan peserta yang terpilih adalah THE IMPOSIBBLE KIDZ, E’QUEEN, AMY & MAJIDAH, SECRETS, GEMERSIK TARI, KRAZY-G, CAPTIVATION serta LEELEESM.SUPERSTAR akan dikemudikan oleh penyanyi yang juga terkenal dengan kemahirannya menari shuffle, Khairil Azam Pilus atau Aril. Program ini turut membawakan pengacara kesayangan kanak-kanak, Aznil Haji Nawawi sebagai Penaung program SUPERSTAR.

Sepanjang pertandingan SUPERSTAR, kesemua peserta akan berpeluang untuk mendapat latihan dan bimbingan daripada koreografer terkenal dan terhebat tanahair iaitu Ray Redzuan, Dayang Dayana, Saiful, Alam, Lilo, Yandi, Arroy dan Becky. Persembahan mereka kemudian akan diadili oleh tiga orang juri dan markah akan diberikan berdasarkan teknik serta kemahiran, irama lagu, serta persembahan keseluruhan pertandingan.

Farah Sulaiman dan Mohd Zulfarqar, atau dikenali juga sebagai Belalang, merupakan dua juri tetap Superstar. Antara yang bakal menjadi juri jemputan pertandingan tarian ini adalah Nabil Ahmad dan Adam.

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

One comment

  1. sya suka tengok KRAZY G….HUHUXX AND E'QUEEN……semoga berjaya..

Leave a Reply