Awal & Scha Bakal Kahwin Tahun Ini

 

Aha! Satu lagi pasangan kekasih selebriti yang disebut-sebut bakal melangsungkan perkahwinan. Malah ramai yang menjangkakan perkahwinan mereka sebagai Wedding Of The Year. Perkembangan terbaru, ada tanda-tanda khabarnya pasangan ini bakal ‘membina masjid’ dalam masa terdekat.

Terdahulu, sekitar Februari lalu pelakon-pengacara Awal Ashaari dan buah hatinya Scha Al-Yahya mengeluarkan kenyataan, majlis perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan berikutan sukar mendapatkan lokasi, katering dan juga mengakui memberi laluan kepada majlis pasangan sensasi Yusri dan Lisa Surihani.

Memetik kenyataan di Gua.com, menurut Awal, dia dan Scha kini sedang sibuk membuat persiapan, Dan sebetulnya sudah mempunyai tarikh nikah dan resepsi. Namun, tarikh itu terpaksa dirahsiakan ketika ini kerana menghormati  keluarga kedua-dua belah pihak.

“Tarikhnya dah ada. Tapi saya tak boleh umumkan lagi kerana menghormati pihak keluarga. Bukan sebelah pihak saya sahaja, tetapi di sebelah pihak Scha juga. Kami akan adakan sidang media untuk buat pengumuman tentang majlis itu dan harap pihak media serta peminat memahami situasi kami. Apa yang boleh saya katakan, majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tahun ini juga,” ujar Awal.

“Persiapan sudah siap 60 peratus. Tapi kami belum sempat menempah baju perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Lagipun, saya dan Scha masih mencari-cari pereka fesyen yang sesuai. Memang ada yang mahu menaja, namun kami masih lagi memikirkannya”,

Katanya lagi, sebolehnya majlis itu biarlah sederhana dan mereka tidak mahu terlalu bergantung kepada penajaan. Malah dia juga tidak mahu hari bersejarah mereka itu nanti dilabelkan sebagai Wedding of The Year.

Awal dan Scha membuat pendedahan kepada umum bahawa mereka pasangan kekasih pada Ogos 2010 iaitu selepas 10 bulan digosipkan bercinta.

*credit to Gua & mD

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply