Beza Umur Tidak Halang Anak Andy (Flop Poppy) Bercinta Dengan Kawan Ibunya

Anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Megat Daniel Azreen atau dikenali sebagai Dan Azreen mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pereka fesyen yang 13 tahun lebih tua daripadanya sejak tujuh bulan lalu. Dan Azreen mengenali buah hatinya itu menerusi kenalan kepada ibunya pada tahun lalu.

Bercakap kepada mStar online, pemuda berusia 21 tahun itu berkata, perbezaan usianya degan wanita bernama Asimareen, 34, itu tidak menjadi penghalang mereka bercinta seterusnya bergelar isteri jika ada jodoh.”Keluarga dan kenalan rapat saya tahu yang saya memang tidak sukakan wanita yang bersikap kebudak-budakan. Saya lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih dewasa.
“Usia bukan penghalang kepada cinta kami kerana paling penting kami selesa dan memahami antara satu sama lain,” jelasnya.
Vokalis kumpulan Loka itu mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan wanita berkenaan berikutan banyak koleksi gambar mereka dimuat naik ke laman sosial Facebook dan Instagram milik mereka.
Kata Dan, dia tidak kisah dengan tanggapan masyarakat mengenai hubungan itu kerana apa yang penting bapanya serta ahli keluarga yang lain tidak mengalang hubungan berkenaan. Malah menyifatkan hubungan mereka juga saling melengkapi antara satu sama lain.
“Paling penting hubungan kami mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan orang boleh berkata apa sahaja yang mereka suka,” katanya.

Check Also

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Iftar Rumah Lauk di Nafoura Hall Putrajaya dengan konsep masakan kampung

IFTAR RUMAH LAUK TAWAR 150 MENU & RUSA GOLEK DI PUTRAJAYA

Iftar Rumah Lauk kembali memeriahkan Ramadan di Putrajaya dengan konsep bufet masakan kampung dan warisan. …

Leave a Reply