BILIK 7 ~ Pendedahan rahsia & pengakuan selebriti penuh dramatik dan kejutan!!

Rancangan sensasi Bilik 7 berformat ala temubual soal siasat pastinya bakal mengorek keluar segala rintihan dan sisi rahsia apa yang terbuku daripada diari tetamu selebriti. Rancangan yang dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia ini bakal menemui penonton bermula 5 April, setiap hari Khamis jam 9.00 malam secara eksklusif di ntv7.

Menariknya lagi, set Bilik 7 direka menyerupai bilik soal siasat polis dengan sebuah meja yang mengasingkan suspek dan pihak penyiasat. Pastinya sesiapa sahaja yang melangkah masuk bakal terkesima seketika dan mula terasa sedikit terancam. Memainkan tugas sebagai penyiasat di dalam Bilik 7 adalah tidak lain dan tidak bukan, Richie Rachman yang serba boleh dan memiliki senarai pencapaian yang membanggakan selaku editor senior, penyampai radio, perunding imej malah seorang novelis.

Bilik 7 yang bakal bersiaran selama 13 episod ini membawa penonton berhadapan dengan artis tanahair yang penuh kontroversi antaranya Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Radhi OAG, Lisdawati Nazarudin, Raja Azmi Raja Sulaiman, Pian Cecupak, Johan Asari, Melia Amelia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah. Para selebriti bakal disoal siasat bertalu-talu dan adakalanya membuat mereka panas dan “tersentap” tatkala diajukan soalan-soalan sensasi yang bakal menggemparkan penonton. Walaupun Bilik 7 adalah sebuah rancangan yang lantang dan bakal menimbulkan kontroversi, namun ianya juga membuka ruang kepada pihak selebriti untuk menyelesaikan kekusutan dan berkongsi perkara sebenar mengenai kisah kontroversi yang menyelubungi diri mereka.

 

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply