BRING ME CLOSE TO YOU Bakal Bawa Al-Jawaher Ke Pasaran Antarabangsa

Buat peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu nama yang asing. Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu malar segar seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan Salam, serta banyak lagi.Al-Jawaher dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah, Hajar, Normala, Habibah, Norhaiyati dan Latifah.

Setelah 44 tahun berkecimpung dalam industri muzik, buat julung kalinya Al-Jawaher mempertaruhkan single terbaharu mereka dalam Bahasa Inggeris dan Arab, BRING ME CLOSE TO YOU. Pengambaran video muzik ini dilakukan di sekitar Melaka.

Ini adalah percubaan Al-Jawaher untuk meneroka dan menembusi pasaran muzik antarabangsa sekaligus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang Islam. Untuk itu, single BRING ME CLOSE TO YOU juga akan dilancarkan sempena Israk Mikraj.

BRING ME CLOSE TO YOU adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik, yang turut mengubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura.Single terbaru Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik. Ini merupakan kerjasama bersama Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa.

https://www.youtube.com/watch?v=fKhej9FFk-8

BRING ME CLOSE TO YOU boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 17 Februari jam 12 tengah malam manakala video muzik BRING ME CLOSE TO YOU boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.

Check Also

Persembahan live Patriots band metalcore Malaysia

PATRIOTS ANGKAT METALCORE TEMPATAN KE METALVERSE 2026

Band metalcore tempatan Patriots terus mencatat perkembangan penting dalam kerjaya mereka apabila diumumkan sebagai antara …

Konsert Reunion Senario 30 Tahun The Last Kopek di Idea Live Arena

KONSERT REUNION SENARIO 30 TAHUN ‘THE LAST KOPEK’ HAMPIR SOLD OUT

Kumpulan legenda komedi tanah air, Senario, bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi Konsert Reunion …

Leave a Reply