Bryan Adams ‘The Get Up Tour’ live di Kuala Lumpur

Bryan Adams ‘The Get Up Tour’ live di Kuala Lumpur telah diadakan pada 21 Januari 2017 jam 8.30 malam di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam. Konsert ini telah di anjurkan oleh Fat Boys Malaysia dan di promosikan oleh Midas Promotions. Konsert ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari peminatnya di Malaysia – di anggarkan lebih 7,000 peminat yang menghadiri konsert ini untuk menyaksikan penyanyi dan penulis lirik Kanada berusia 58 tahun yang masih gah itu.

Bryan Adams telah menyanyikan 31 buah lagu dari lagu hits beliau dari tahun 1984, ‘Heaven’ juga lagu baru beliau dari album Get Up, ‘Brand New Day’.

Sebagai duta terkemuka di Kanada, Adams telah menghabiskan tiga dekad yang lalu mencipta sejarah muzik. Beliau telah menjual lebih dari 65 juta rekod, membuat konsert jelajah ke enam benua dan mencapai status #1 di lebih 40 negara di seluruh dunia. Beliau telah di anugerahkan Order of Canada, juga terpilih untuk dimasukkan ke dalam Canadian Music Hall of Fame dan mempunyai bintang pada Canada’s Walk of Fame. Adams juga telah dicalonkan untuk – dan memenangi beberapa Anugerah Akademi, Golden Globes dan Anugerah Grammy. Beliau mempunyai bintang di Hollywood Walk of Fame dan telah dimasukkan ke Wembley’s Square of Fame.

*Photo Kredit – Lensa Ayid

Check Also

Persembahan live Patriots band metalcore Malaysia

PATRIOTS ANGKAT METALCORE TEMPATAN KE METALVERSE 2026

Band metalcore tempatan Patriots terus mencatat perkembangan penting dalam kerjaya mereka apabila diumumkan sebagai antara …

Konsert Reunion Senario 30 Tahun The Last Kopek di Idea Live Arena

KONSERT REUNION SENARIO 30 TAHUN ‘THE LAST KOPEK’ HAMPIR SOLD OUT

Kumpulan legenda komedi tanah air, Senario, bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi Konsert Reunion …

Leave a Reply