COCA-COLA Berkongsi Semangat Di Bulan Ramadhan

Coca-Cola telah memperkenalkan app istimewa bagi berkongsi semangat di bulan Ramadhan dengan individu tersayang sambil berbuat amal kebajikan kepada golongan yang memerlukan.Ucapan khas Ramadhan boleh dikongsi dengan sahabat handai serta ahli keluarga apabila menggunakan app istimewa “Mesin Sebarkan Semangat Ramadhan” Cola-Cola yang boleh dijumpai di laman facebook.com/cocacola .

Sempena bulan yang mulia ini, Coca-Cola Malaysia turut berazam untuk menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit sehingga RM50,000 untuk menjayakan pelbagai projek pembekalan air bersih untuk komuniti luar bandar.Anda hanya perlu menyebarkan seberapa banyak ucapan melalui laman sesawang menggunakan aplikasi istimewa tersebut.

Ucapan-ucapan tersebut boleh dikongsi melalui laman Facebook, twitter atau e-mel kerana semakin banyak ucapan yang dihantar, maka semakin tinggilah nilai wang yang akan disumbangkan kepada komuniti-komuniti tersebut.Dengan tercapainya 50,000 buah ucapan sehingga tengah malam pada 18 Ogos 2012, Coca-Cola akan merealisasikan tindakan positif anda menjadi satu amal kebajikan.

Sumbangan terkumpul akan disalurkan kepada organisasi kebajikan dan pembangunan, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan badan amal pembangunan belia, Raleigh International untuk menjalankan projek untuk penyediaan bekalan air bersih dan pembentungan dengan kerjasama Coca-Cola.

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply