CRAIG DAVID PRESENTS TS5 GEGAR KUALA LUMPUR NOVEMBER INI



KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2025 – Bintang R&B dan UK Garage terkenal dunia, Craig David bakal kembali ke Malaysia selepas lebih sedekad untuk konsert eksklusif Craig David Presents TS5: Live in Kuala Lumpur pada 10 November 2025 di Mega Star Arena. Lebih istimewa, ini adalah satu-satunya hentian di Asia bagi siri jelajah antarabangsa beliau.

selebritionline portal hiburan - Craig David Presents TS5 Kuala Lumpur

Konsep TS5 yang menjadi fenomena global ini menggabungkan nyanyian secara langsung, DJ set, dan MC dalam satu persembahan bertenaga tanpa henti. Bermula sebagai set ‘pre-party’ eksklusif di apartmen beliau di Miami (Tower Suite 5), TS5 kini telah mencetuskan gelombang di festival dan kelab ternama seperti Glastonbury, Ibiza, London, New York dan Tokyo.

selebritionline portal hiburan - Craig David Presents TS5 Kuala Lumpur

Konsert ini juga bertepatan dengan pelancaran album studio ke-9 Craig David, Commitment (keluar 8 Ogos 2025), yang menampilkan kolaborasi bersama Tiwa Savage, JoJo dan Louisa Johnson. Album ini memadukan elemen nostalgia era Born To Do It dengan sentuhan muzik moden yang segar.

Penonton bakal disajikan dengan deretan lagu hits seperti Fill Me In, 7 Days, Walking Away, What’s Your Flava, dan When The Bassline Drops, selain seleksi lagu dari album terbaharu. Sepanjang kerjaya, Craig David telah menjual lebih 15 juta album, mencatat lebih 5 bilion penstriman, menerima 14 pencalonan BRIT Awards serta dikurniakan MBE oleh mendiang Ratu Elizabeth II.

selebritionline portal hiburan - Craig David Presents TS5 Kuala Lumpur

Tiket mula dijual pada 12 Ogos 2025, jam 12 tengah hari menerusi MyTicketEmpire dengan harga bermula dari RM288 hingga RM1,888 (kategori Royal Twin). Tiket VIP dan Royal Twin turut disertakan dengan keistimewaan seperti laluan ekspres, minuman percuma, poster eksklusif dan lanyard khas.

selebritionline portal hiburan - Craig David Presents TS5 Kuala Lumpur

Konsert ini dibawakan oleh T-Rex Studio dengan sokongan World of Buzz (media digital rasmi), Mix FM & Lite FM (radio rasmi), Warisan Outdoor (media luar rasmi) dan Lampuneon (rakan produksi rasmi).

Maklumat lanjut boleh diikuti di laman rasmi dan media sosial Craig David dan TS5 Official, atau ikuti T-Rex Studio di Instagram, Facebook dan TikTok.

Check Also

selebritionline portal hiburan

S LINE CETUS FENOMENA DI TONTON: THRILLER KOREA EKSKLUSIF SERENTAK DENGAN KOREA

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2025 – Platform penstriman nombor satu negara, Tonton, kembali mencuri perhatian …

selebritionline portal hiburan

SEKAI NO OWARI Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Oktober Ini!

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2025 – Buat julung kalinya, kumpulan muzik popular dari Jepun, SEKAI …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *