DALAM INGATAN INTAN MAYA & ASHTIN TARUHAN SEGAR SRC

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2025 — Suria Records Sdn Bhd terus gah memperkenalkan bakat baharu menerusi single pop terbaharu berjudul “Dalam Ingatan” hasil kolaborasi duo muda, Intan Maya dan Ashtin. Lagu yang kini boleh didengari di semua platform digital ini menjadi pertaruhan segar bagi memperkukuh nama mereka dalam industri muzik tempatan.

Intan Maya, yang mula dikenali menerusi single sulung “Layak Bahagia”, semakin menonjol dengan vokal versatil serta bakat bermain gitar. Beliau yang juga guru muzik dan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak pernah meminggirkan cita-cita untuk bergelar penyanyi profesional meskipun sibuk dengan kerjaya harian. Sebaliknya, beliau terus memperkasa karya baharu demi memenuhi permintaan peminat setianya.

Sementara itu, Ashtin atau nama sebenarnya Ashtin Sanjiiv, merupakan wajah tidak asing di kalangan penggemar muzik hip hop. Berdarah kacukan Cina-India, beliau telah lebih 10 tahun berkecimpung dalam arena rap ‘freestyle’ dan pernah aktif dalam ‘scene underground’. Walaupun beberapa single terdahulu seperti “Macam Mainan”, “Suka Hati Aku” dan “Seratus” kurang mendapat sambutan besar, kredibiliti Ashtin sebagai penulis lirik dan rapper tetap diiktiraf pihak label.

selebritionline portal hiburan

Single “Dalam Ingatan” mendapat sentuhan komposer Zik dan Nabilah, manakala lirik turut ditulis oleh Intan Maya dan Ashtin sendiri. Lagu ini membawa tema nostalgia yang membisikkan kenangan indah yang kekal diingatan meskipun telah berlalu pergi. Gandingan harmoni Intan Maya dan rap mantap Ashtin menjadikan karya ini unik dan berbeza daripada corak pop biasa di pasaran.

Kini, peminat boleh muat turun atau strim lagu “Dalam Ingatan” di platform digital seperti Apple Music, Deezer, YouTube Music dan Spotify. Ia juga sudah mula diputarkan di pelbagai stesen radio tempatan, sekaligus memperluas jangkauan duo berbakat ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar karya penuh emosi ini dan sokong artis tempatan!

Check Also

Poster rasmi Demon Slayer In Concert 2025 di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

DEMON SLAYER IN CONCERT GEGAR MEGA STAR ARENA KUALA LUMPUR

Peminat anime popular Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba bakal disajikan dengan pengalaman luar biasa apabila …

Poster rasmi konsert Arasy 7 Sumpahan 7 Benua 7 Lautan di BEKL

FARASU GEGAR BEKL DENGAN SIRI JELAJAH 7 SUMPAHAN 7 BENUA 7 LAUTAN

Kumpulan Farasu, antara nama besar dalam dunia muzik metal tempatan, bakal menutup tahun 2025 dengan …

Leave a Reply