Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia

0706280048271pakjamil

Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi selepas koma akibat serangan angin ahmar akhir bulan lalu.

Perkara itu disahkan kenalan rapat keluarga Allahyarham, Den Wahab.

Den, ketika dihubungi, berkata beliau dimaklumkan bahawa Allahyarham dibawa keluar dari hospital di mana beliau dirawat, tengah hari tadi.

“Saya dapat tahu pihak hospital sudah tidak dapat buat apa-apa lagi untuk menyelamatkannya. Saya ucapkan takziah untuk keluarga Allahyarham,” katanya.

Allahyarham yang banyak berkarya pada era kegemilangan sinematik Melayu, menghasilkan filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.

Allahyarham yang juga suami seniwati Datuk Rosnani Jamil, berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Murniaty Jamil, Arjunaidi Jamil, Dr Anwardi Jamil dan Asnadi Jamil.
-BH
http://www.bharian.com.my/node/7950

 

Check Also

Persembahan artis legenda di Konsert Ijmal Ramadan 3.0 Kuala Lumpur

KONSERT IJMAL RAMADAN 3.0 HIDUPKAN NOSTALGIA DAN BANTU ANAK SENI

Suasana penuh emosi dan nostalgia jelas terasa apabila Konsert Ijmal Ramadan 3.0 berjaya menghimpunkan barisan …

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

TAK TERJAWAB FILEM AIDILFITRI 2026 BAWA EMOSI DAN KELANGSUNGAN

Filem Aidilfitri 2026, ‘Tak Terjawab’, memukau penonton dengan kisah kehilangan dan pencarian hidayah. Lakonan sensasi …

Leave a Reply