Ella Kembali Dengan Konsert Berskala Besar

Ratu Rock Negara Ella akan kembali menemui peminat-peminatnya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam. Setelah lebih 20 tahun beliau tidak hadir dengan konsert yang berskala besar.

Apa yang menarik mengenai konsert yang bertemakan anti dadah itu adalah Ella atau nama sebenar Norzila Haji Aminuddin akan tampil dengan menaiki helikopter, itu antara gimik yang dirancang untuk pembukaan konsertnya.

pc konsert ella 053

“Gimik ini adalah untuk mengimbau kembali nostalgia yang pernah Ella lakukan sewaktu konsert yang pernah Ella lakukan pada tahun 1994 dulu”, ujar Ella ketika sidang media mengenai konsert tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Atas dasar keprihatinan Ella terhadap gejala dadah yang semakin berleluasa, RM 2 dari setiap penjualan tiket akan disalurkan ke Tabung PEMADAM Selangor agar lebih banyak program-program anti dadah dapat dijalankan pada masa hadapan.

Konsert yang bertemakan anti dadah ini akan menyaksikan kelainan dimana semua penonton-penonton yang bakal hadir akan diminta untuk mengenakan pakaian bewarna putih kerana putih melambangkan kesucian umpama kelahiran semula bekas-bekas penagih dadah.

pc konsert ella 134

Bakal menyampaikan lagu lagu hitsnya dari era Ella & The Boys hingalah yang terbaru, Istimewah. Konsert yang bakal diterajui oleh gitaris handalan Man Kidal sebagai Pengarah Muzik tersebut akan turut menampilkan artis artis jemputan selaku pembuka tirai acara dan juga berduet bersama samanya nanti.

Konsert anjuran Atlas One Events sudah pun mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 2000 keping tiket telah dijual dalam masa seminggu setelah pengumuman rasmi mengenai konsert. Peminat yang ingin menyaksikan kehebatan Ratu Rock ini boleh membeli tiket yang berharga RM 78 – Kategori 1, RM 108 – Kategori 2, RM 158 – Kategori 3, RM 78 – Kategori 3 (OKU sahaja), RM 228 – RockZone (berdiri di hadapan pentas) dan RM 288 – VVIP (termasuk cenderahati ELLA).

Pembelian melalui online boleh di buat dengan melungsuri www.ticketpro.com.my atau dengan mengunjungi outlets Rock Corner, Guitar Store dan Victoria Music.

Check Also

TV AlHijrah dengan visual promosi program Ramadan dan Syawal 1447H/2026M

PROGRAM RAMADAN DAN SYAWAL TV ALHIJRAH PERKUKUH DAKWAH DIGITAL MELALUI LANGIT DAKWAH

Program Ramadan dan Syawal TV AlHijrah bagi 1447H/2026M tampil dengan rangka penyiaran yang lebih tersusun, …

Poster rasmi konsert Naykilla “CentyL in My Playground” di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Mei 2026.

MALAM BINTANG, NAYKILLA DI ZEPP KUALA LUMPUR

Naykilla telah mengumumkan konsert “CentyL in My Playground” yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur …

Leave a Reply