F.O.S Diserbu Peminat The Wanted

Baru-baru ini kumpulan The Wanted telah dijemput untuk menjadi tetamu khas bagi merasmikan pelancaran Bravado Merchandise di FOS (Factory Outlet Store). The Wanted, bersama-sama dengan Encik Ho (CEO FOS) dan Encik Khoo Hsien Li (Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Universal Music Malaysia), melancarkan secara rasmi Bravado Merchandise di FOS 1 Utama. Ini menandakan perkongsian ikonik antara dunia muzik dengan salah satu fesyen terbesar dan terpantas berkembang pakaian rantaian runcit di Malaysia.

Seramai 500 peminat telah beratur di pintu masuk FOS 1 Utama seawal 11 pagi, sabar menunggu ketibaan kumpulan The Wanted. Selepas pelancaran itu,The Wanted kemudian mengadakan Sesi Autograph dengan peminat mereka di Malaysia. Bukan sekadar menandatangani album Edisi Khas dan poster mereka, tetapi mereka juga memberikan pelukan dan high fives kepada peminat mereka.

[nggallery id=101]

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply