FAIRUZ SYAZWAN LANCAR SINGLE SENDIRIAN BAWAH SURIA RECORDS

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2025Suria Records (SRC) terus komited mencungkil bakat baharu dengan memperkenalkan Fairuz Syazwan, penyanyi muda berusia 22 tahun dari Negeri Sembilan yang kini tampil dengan single sulung berjudul Sendirian.

Mula aktif bersama kumpulan busker, bakat Fairuz Syazwan dikesan menerusi pencarian artis baharu anjuran SRC yang terkenal melahirkan ramai penyanyi berbakat dalam industri muzik tempatan. Melihat kesungguhan dan potensi yang ada, SRC terus memberikan peluang menerbitkan single pertama beliau sebagai langkah awal membina nama.

selebritionline portal hiburan memaparkan Fairuz Syazwan Sendirian
Fairuz Syazwan mempromosikan single sulung ‘Sendirian’ terbitan Suria Records, karya ciptaan Aepul Roza dengan muzik video arahan Pekin Ibrahim.

Sendirian merupakan hasil ciptaan komposer dan penyanyi popular, Aepul Roza. Meskipun bukan kisah peribadi Fairuz, lagu bertemakan cinta tidak kesampaian ini diyakini dekat dengan jiwa pendengar. Penghayatan mendalam Fairuz menjadi kekuatan utama dalam menzahirkan emosi lagu ini.

Bagi memastikan visual muzik video setanding kualiti audio, SRC menjemput Pekin Ibrahim, aktor dan pengarah prolifik yang pernah meraih pelbagai pengiktirafan dalam industri filem tempatan. Pekin bukan sahaja bertindak sebagai pengarah, malah turut menulis skrip dan menyusun jalan cerita muzik video Sendirian untuk memberi impak lebih mendalam kepada penonton.

SRC menegaskan bahawa setiap projek terbitan akan terus mengekalkan standard kualiti tinggi meskipun membariskan wajah baharu, selaras dengan reputasi syarikat yang sinonim dengan penerbitan karya bermutu.

Single Sendirian kini boleh dimuat turun di iTunes dan distrim menerusi platform muzik digital seperti Apple Music, Deezer, YouTube Music dan Spotify. Peminat juga boleh mendengar lagu ini di pelbagai saluran radio tempatan kegemaran masing-masing.

Check Also

Persembahan artis legenda di Konsert Ijmal Ramadan 3.0 Kuala Lumpur

KONSERT IJMAL RAMADAN 3.0 HIDUPKAN NOSTALGIA DAN BANTU ANAK SENI

Suasana penuh emosi dan nostalgia jelas terasa apabila Konsert Ijmal Ramadan 3.0 berjaya menghimpunkan barisan …

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

TAK TERJAWAB FILEM AIDILFITRI 2026 BAWA EMOSI DAN KELANGSUNGAN

Filem Aidilfitri 2026, ‘Tak Terjawab’, memukau penonton dengan kisah kehilangan dan pencarian hidayah. Lakonan sensasi …

Leave a Reply