Fasha Sandha & Jejai Nikah 29 April Di Bali

 

Aktres Popular iaitu Fasha Sandha bakal menamatkan zaman bujang dengan pasangannya iaitu Rizal Ashram Ramli aka Jejai pada 29 April ini. Majlis perkahwinan bakal diadakan di Bali.Ia bakal yang akan di hadiri oleh 100 orang tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media.Berita eksklusif tersebut disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.

“Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu.

“Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal,” katanya kepada wartawan Berita Harian.

Tahniah kepada Fasha dan Jejai…

*credit photo to Harian Metro

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Check Also

Konsert Wali Live Kota Kinabalu bakal berlangsung di SICC Sabah

KONSERT WALI LIVE KOTA KINABALU 12 APRIL 2026 TEBUS KEKECEWAAN SABAH

Konsert Wali Live Kota Kinabalu akhirnya sah kembali ke Sabah. Selepas perancangan terdahulu tidak menjadi …

Wali Band bakal jayakan Konsert Wali Band Kembali di Kuala Lumpur 2026

KONSERT WALI BAND KEMBALI 1 MEI 2026 JADI MALAM PENEBUSAN DI BUKIT JALIL

Konsert Wali Band Kembali bakal menjadi malam penebusan paling dinanti peminat di Kuala Lumpur. Selepas …

Leave a Reply