Finalis CSOIAM Lancar Single, Peminat Diminta Terus Mengundi

Episod separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) berjaya menampilkan persaingan sengit antara lima peserta terbaik yang berentap merebut tempat ke pentas akhir pada 9 Februari 2025. Program ini terus mencatatkan peningkatan penonton dan undian, serta menjadi trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut.

Keempat-empat finalis – Zazzleen, Kai Deva, Jimi dan Marygrace – kini telah melancarkan single masing-masing. Zazzleen dengan “Merah”, Kai Deva membawakan “Mengejar Bintang”, Jimi menerusi “Tetap Berharap”, dan Marygrace dengan “Titik Mula”. Maryam yang tersingkir turut menerima single bertajuk “Idola”.

Dengan tema “Malam Terpaling Fizz”, undian peminat menyumbang 40 peratus manakala penilaian juri sebanyak 60 peratus untuk menentukan juara yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta. Program ini disiarkan secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, setiap Ahad pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan boleh distrim melalui Tonton.

Program sampingan “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu jam 9.00 malam. Untuk episod akhir, 50 penonton bertuah berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di media sosial dengan hashtag #OIAM.

Check Also

1119 bersama Meer Nash tampil dengan lagu raya baharu Goyang Raya

GOYANG RAYA 1119 SATUKAN BUDAYA DALAM LAGU RAYA UNIK

Suasana perayaan di Malaysia sering membawa bersama warna-warni budaya yang unik. Tahun 2026 menyaksikan sambutan …

Festival automotif Art of Speed 2026 di MAEPS Serdang bersama SoundCircus Festival

ART OF SPEED 2026 KEMBALI GEGARKAN MAEPS BERSAMA FESTIVAL SOUNDCIRCUS

Puluhan ribu peminat kereta kustom, motosikal modifikasi dan budaya street dijangka membanjiri MAEPS apabila Art …

Leave a Reply