Fouziah Gous Bakal Bertunang Jun 2012, Nikah Januari Tahun Depan

Perkhabaran ini belum lagi disahkan oleh tuan empunya badan. Tapi jika benar apa yang kami dengar, pelakon cantik, Fouziah Gaos bakal bertunang tak lama lagi, maka kami nak ucapkan tahniah in advance lah…

Dengarnya, Fouziah akan mengadakan majlis pertunangan pada Jun depan. Bagaimanapun dia bukanlah akan bertunang dengan ‘teman tapi mesranya’, Iqram Dinzly.

Buat masa ini, siapakah gerangan jejaka yang berjaya menambat hati pelakon Tahajjud Cinta ni, masih menjadi rahsia.

Namun begitu sebelum ini, ada spekulasi yang mengatakan Fouziah mempunyai perhubungan cinta dengan seseorang bergelar Dato’ Seri yang juga merupakan orang kuat sebuah stesen televisyen.

Adakah Dato’ yang dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Fouziah ini bakal tunang dan suami Fouziah Gaos?

Ada juga khabar angin yang mengatakan Fouziah akan melangsungkan perkahwinan pada Januari 2013. Apapun, kita nantikan saja berita rasminya.

*Sumber mD

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply