GALAXY S4 Zoom Penuhi Keperluan Telefon Pintar & Kamera Kompak

Dilengkapi kamera kompak tercanggih

Samsung Malaysia Electronics melancarkan Samsung GALAXY S4 zoom, kombinasi telefon pintar terbaru keluaran syarikat itu dengan keupayaan fotografi terkini.Model terbaru dalam keluarga GALAXY S4 itu merealisasikan misi Samsung untuk menawarkan satu peranti bagi memenuhi keperluan industri telefon pintar dan kamera kompak tercanggih.

GALAXY S4 zoom menawarkan fungsi hampir sama yang terdapat pada model Samsung S4, tetapi diperkasakan dan digabungkan dengan Optical Zoom 10X, Sensor CMOS 16 megapiksel, penstabil imej optik (OIS) dan Xenon Flash menggunakan teknologi terkini GALAXY S4.

Harga jualan bagi model baru yang akan menjengah pasaran minggu ini, RM1,699 seunit dan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Penuhi keperluan pengguna

GALAXY S4 zoom menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2, ditawarkan dengan rekaan menarik dan lebih menonjol khususnya pada bahagian belakang.

Bersandarkan keupayaan sistem operasi, ia dapat meningkatkan kebanyakan fungsi S4 sebelum ini termasuk fungsi Touchwiz yang membolehkan beberapa pengubahsuaian dalam pelbagai aspek termasuk paparan statik dan notifikasi bagi menyediakan pengalaman menakjubkan kepada pengguna.

Menggunakan prosesor 1.5GHz Dual-Core dengan memori dalaman lapan gigabait (GB), model ini turut menawarkan fungsi tambahan lain antaranya Samsung Link, Samsung ChatON, S Voice, S Translator, Share Music (MP3) dan Trip Advisor. Sila layari http://www.samsung.com/my/consumer/mobile-devices/smartphone/ untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk ini.

 

[nggallery id=185]

Check Also

Poster rasmi Jakel Fenomena Raya 2026 menampilkan Fazura dan barisan duta utama dalam busana raya eksklusif di Kuala Lumpur

JAKEL FENOMENA RAYA 2026: EVOLUSI 40 TAHUN & SINERGI EKSKLUSIF BERSAMA FAZURA

Jenama tekstil dan fesyen terkemuka negara, Jakel, terus melakar sejarah tersendiri dengan penganjuran pertunjukan fesyen …

Poster konsert solo Taeyong NCT TY TRACK REMASTERED di Kuala Lumpur pada 11 April 2026.

TAEYONG NCT UMUM KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA APRIL INI

Ketua kumpulan NCT yang berbakat besar, TAEYONG, secara rasmi mengumumkan kepulangan beliau ke Malaysia untuk …

Leave a Reply