“HaHa HiHi” Kolaborasi Komedi Dua Negara Serumpun

Seiring dengan perkembangan industri komedi yang semakin maju dan membangun di dalam dunia global secara umumnya, pihak Astro dengan kerjasama Broadway Media membawakan sebuah lagi program komedi jenaka terbaru gabungan dua negara nusantara berjudul “HaHa HiHi” yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Khamis bermula 20 Jun 2013, jam 10.00 malam di saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek.

Program HaHa HiHi yang bakal bersiaran selama 13 minggu ini merupakan sebuah program berkonsepkan sketsa komedi pertama yang menggabungkan para pelawak daripada negara Malaysia dan Indonesia beraksi di dalam satu pementasan yang sama. Berdurasi selama 30 minit untuk setiap episod, HaHa HiHi akan mengetengahkan kisah-kisah yang berkisarkan mengenai variasi peristiwa di dalam kehidupan seharian.

Antara barisan pelawak Malaysia yang akan menceriakan para penonton di dalam program HaHa HiHi ini ialah Dato AC Mizal, Kumpulan Shiro, Kumpulan R2, Shuk (Kumpulan Balas), Jihan, Mamat dan Arin serta digabungkan dengan pelawak-pelawak dari Indonesia seperti Kumpulan Saywho, Fuad, Cacing dan Endah.

Jangan lupa untuk menyaksikan program HaHa HiHi pada setiap hari Khamis bermula daripada 20 Jun 2013, jam 10.00 malam secara eksklusif di Saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek.

 

Untuk melanggan pakej Indopek yang mengandungi dua pilihan saluran dedikasi iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142),  sila ikuti langkah di bawah :

Langkah 1 :

ü  Sila ke saluran 130 dan tekan butang merah yang terdapat pada alat kawalan jauh Astro anda.

Langkah 2 :

ü  Pilih pakej Indo Pek dan Klik OK pada butang ‘Sahkan Langganan’.

Langkah 3 :

ü  SMS kod yang tertera di kaca TV anda dan hantarkan ke 32999. Dan, pakej lndo Pek yang anda langgani akan diaktifkan dalam masa lima minit! Selamat Menonton!

Harga yang dikenakan hanya RM12.00 sebulan untuk siaran selama 24 jam sehari bagi pakej Indopek dan caj langganan akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my/indopek/

 

 

 

 

 

 

Check Also

Kereta elektrik NETA digunakan dalam program simpan emas DMS Gold.

DMS GOLD PERKENAL GAYA HIDUP BAHARU SIMPAN EMAS, PANDU TANPA ANSURAN

Program DMS Gold – Simpan & Pandu menarik perhatian ramai kerana menawarkan cara hidup moden, …

CelcomDigi salur bantuan banjir di pusat pemindahan sementara

CELCOMDIGI SALUR BANTUAN BANJIR

Ketika ribuan keluarga berdepan kesan banjir di pelbagai negeri, CelcomDigi tampil menggerakkan bantuan kemanusiaan berskala …

Leave a Reply