Justin Bieber Berhenti Nyanyi Ketika Dengar Laungan Azan

Sejak akhir-akhir ini peminat kerap dikhabarkan dengan siri kisah kurang enak yang mengaitkan perilaku bintang remaja sensasi dunia, Justin Bieber. Namun tidaklah sentiasa penyanyi yang mempunyai hampir 40 juta pengikut di Twitter ini asyik diperkatakan mempunyai sikap buruk saja.Semasa mengadakan konsert di Turki baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Boyfriend itu mendapat pujian dan dihormati oleh peminat negara berkenaan kerana sikap peka Bieber terhadap budaya dan agama penduduk negara itu iaitu agama Islam.

 Meskipun ketika itu dia sedang rancak beraksi di pentas, namun ketika waktu azan Maghrib  dan Isyak berkumandang, Bieber bertindak menghentikan seketika persembahannya bagi menghormati laungan azan tersebut.

Ramai peminat gembira dengan tindakan Bieber itu dan rata-rata mereka memberikan komen di laman sosial Twitter. Antara komen tersebut,

 

@taznin_  yang menulis, ‘Justin Bieber berhentikan persembahannya sebanyak dua kali di Turki ketika azan supaya orang boleh pergi berdoa. Alhumdulilah, saya hormat pada penyanyi itu’
 
‘I have MAD respect for Justin Bieber for stopping his performance in Turkey during prayer, twice. #RESPECT,’@hudabeauty 
 
‘Arab artists DON’T stop there shows…Go Justin,’ – @maysoonzayid 
Semoga tindakan Bieber ini dapatlah dijadikan contoh kepada artis yang bukan beragama Islam lain terutama apabila mereka membuat konsert di negara kita juga negara Islam lain.

Check Also

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Iftar Rumah Lauk di Nafoura Hall Putrajaya dengan konsep masakan kampung

IFTAR RUMAH LAUK TAWAR 150 MENU & RUSA GOLEK DI PUTRAJAYA

Iftar Rumah Lauk kembali memeriahkan Ramadan di Putrajaya dengan konsep bufet masakan kampung dan warisan. …

Leave a Reply