Karnival Belia Get2Gether @ Tangkak 16 -25 Feb

Karnival Belia Get2Gether @ Tangkak adalah kesinambungan daripada program sama yang telah di adakan di daerah pontian sebelum ini.  Karnival yang berkonsepkan pendidikan dan hiburan ini bukan sahaja mensasarkan golongan remaja mahupun belia tetapi ianya bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk serta masyarakat setempat mengenai pelbagai peluang yang boleh di kecapi ketika karnival ini berlangsung.

Karnival yang akan berlangsung pada 16 hingga 25 Februari di Dataran Ledang, Tangkak ini turut di sertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta.  Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai pertandingan yang di jalankan semasa karnival berlangsung antaranya adalah Battle Of Buskers, Pertandingan mewarna dan melukis, Fun ride, kempen derma darah dan sebagainya.

Selain itu pengunjung juga bakal di terapkan dengan nilai-nilai estetika melalui forum agama yang akan di adakan pada 22 Februari di mana Ustaz Abdullah Khairi telah dijemput untuk mengisi program ini.  Persembahan daripada artis-artis tempatan pastinya akan menyemarakkan lagi karnival Belia Get2Gether ini.  Antara artis yang terlibat adalah Aiman Tino, Khai Bahar, Emma,Zarith Sofea, Dinamik, Samudera, Ukays, I Band dan Abam Bocey dan sebagainya.

Antara objektif lain program ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan belia mengenal pasti peluang pemasaran yang berkesan, program itu juga merupakan salah satu usaha untuk memperluaskan lagi perniagaan golongan berkenaan. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan belia di samping mewujudkan jaringan perniagaan antara mereka.

Check Also

TV AlHijrah dengan visual promosi program Ramadan dan Syawal 1447H/2026M

PROGRAM RAMADAN DAN SYAWAL TV ALHIJRAH PERKUKUH DAKWAH DIGITAL MELALUI LANGIT DAKWAH

Program Ramadan dan Syawal TV AlHijrah bagi 1447H/2026M tampil dengan rangka penyiaran yang lebih tersusun, …

Poster rasmi konsert Naykilla “CentyL in My Playground” di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Mei 2026.

MALAM BINTANG, NAYKILLA DI ZEPP KUALA LUMPUR

Naykilla telah mengumumkan konsert “CentyL in My Playground” yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur …

Leave a Reply