Keroz Nazri Lancarkan Muzik Video ‘Sedia Bercinta Lagi’

Penyanyi & komposer, Keroz Nazri telah melancarkan muzik video untuk single keduanya yang berjudul Sedia Bercinta Lagi.Lagu yang pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik Cipta Express MACP 2012 telah dihasilkan ketika Keroz menghadiri acara Cipta Ekspres anjuran  Badan Perlindungan Hakcipta Muzik (MACP)  pada tahun 2012 yang merupakan tahun kelapan penganjurannya. Lagu ciptaan Keroz manakala liriknya adalah nukilan Eenaz Mokhtar mendapat sentuhan dari Firdaus dari segi susunan muziknya.

Muzik video Sedia Bercinta Lagi yang berkonsepkan “outdoor” ini diarahkan oleh Phuture Phlow Film di sekitar bulan Mac 2013.Penggambaran muzik video ini dirakam di beberapa tempat iaitu Pulau Pinang, Georgetown dan Batu Ferrighi. Untuk mendapatkan latar belakang bangunan-bangunan lama & bersejarah, beberapa lokasi telah dipilih untuk penggambaran antaranya Jalan Muntri, Lorong Love, Pantai Teluk bahang, Lebuh Light, Pantai Baru Ferringhi,Jalan Penang, Lebuh Pantai dan Jalan Tun Syed Barakbah.

Muzik Video ‘Sedia Bercinta Lagi’ ini telahpun dilancarkan di youtube pada 1 Mei 2013 yang lalu tepat jam 11:11 minit pagi.  Ketika diajukan soalan kenapa beliau memilih tarikh 1 Mei 2013 jam 11:11 pagi, ini jawapannya :

“Saya memang menyukai no 1 dan selalu ingin menjadi NO 1 dalam apa-apa jua yang saya lakukan.” Kata Keroz Nazri.  “Tambahan pula tarikh 1 Mei merupakan Hari Buruh dan cuti umum. Jadi saya merasakan ramai yang boleh menyaksikan MV saya ini apabila dilancarkan nanti” tambah peserta Masterchef Selebriti 2 ini lagi.

Dari tarikh pelancaran tersebut hingga kini, MV ini telah ditonton lebih 11 ribu pelayar youtube. Ini merupakan perkembangan yang sangat baik bagi sebuah lagu baru apabila mendapat tontonan yang tinggi dalam tempoh 2 minggu.

 

Sertai kami di laman sosial :

 

Keroz Nazri

Facebook : https://www.facebook.com/keroznazri

Twitter : https://twitter.com/keroznazri3

Youtube : https://youtube.com/keroznazri

 

Life Records

Facebook : https://www.facebook.com/liferecordsmalaysia

Twitter : https://twitter.com/liferecordsMY

Youtube : Life Records Malaysia

 

Check Also

Pengarah JOMhotel.com Anthony Kong bersama rakan hotel di Societe Suites Hartamas Kuala Lumpur

JOMHOTEL.COM MALAYSIA UBAH CARA TEMPAHAN HOTEL SAAT AKHIR

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – JOMhotel.com, platform tempahan hotel hari sama yang dibangunkan dan …

Kristal X dan Azlan The Typewriter di Konsert Rockolusi Kuasa Dua Zepp Kuala Lumpur 2026

ROCKOLUSI KUASA DUA KRISTAL X & AZLAN THE TYPEWRITER GEGAR ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Dua nama besar muzik tempatan, Kristal X dan Azlan …

Leave a Reply