KL Gangster 2 Bocor Ke Internet?

 

klg23

5 jam sebelum berita ini ditulis oleh penulis yang masih belum tidur ni, dunia hiburan dikejutkan dengan sebuah laman sesawang yang membolehkan peminat dunia hiburan memuat turun fail penuh filem terbaru “KL Gangster 2″ arahan Syamsul Yusof.

Pada awalnya kami masih ragu-ragu kerana hanya mendengarkan ia sebagai khabar angin yang berluasa namun angin tersebut tersemakin kuat ditiup selepas menerima beberapa keping gambar screenshot serta screenshot laman sesawang tersebut, portal hiburan kegemaran ramai Rotikaya juga turut melaporkan berita mengenai kebocoran filem ni.

Filem “KL Gangster 2″ ini telah ditetapkan tarikh tayangan di seluruh negara pada 3 Oktober 2013 hadapan.

Syamsul Yusof menerusi akaun Facebook beliau meluahkan rasa kesal dengan penyebaran filem terbaru beliau ini dan akan mengambil tindakan sekeras kerasanya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra & Rosyam Nor di’jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.

01-Filem-KL-Gangster-2-Bocor-Ke-Internet-Satu-Strategi-Pemasaran-ROTIKAYA

Sumber ~ TrekSelebriti & Rotikaya

Check Also

Persembahan artis legenda di Konsert Ijmal Ramadan 3.0 Kuala Lumpur

KONSERT IJMAL RAMADAN 3.0 HIDUPKAN NOSTALGIA DAN BANTU ANAK SENI

Suasana penuh emosi dan nostalgia jelas terasa apabila Konsert Ijmal Ramadan 3.0 berjaya menghimpunkan barisan …

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

TAK TERJAWAB FILEM AIDILFITRI 2026 BAWA EMOSI DAN KELANGSUNGAN

Filem Aidilfitri 2026, ‘Tak Terjawab’, memukau penonton dengan kisah kehilangan dan pencarian hidayah. Lakonan sensasi …

Leave a Reply