Kolaborasi Bunkface,Hujan & Nidji Dalam Gig Triple Play Menjadi!!!!!

Tidak ada sesiapa yang menang. Tidak ada habuan berupa wang ratusan ribu ringgit yang direbutkan. Kerana ini bukan rancangan Versus. Sebaliknya, tiga kugiran popular dari dua buah negara, bergabung di satu pentas yang sama. Secara eksklusif di hadapan 1000 peminat, mereka sukses memberikan satu konsert Rock cukup luarbiasa, keren bangat!

Atas nama GIG Triple Play, KL Live malam Sabtu lalu menjadi lokasi terciptanya satu lagi sejarah dalam muzik, bila mana Bunkface, Hujan dan Nidji memukau pengunjung dengan persembahan penuh energetik! Konsert yang direalisasi untuk tatapan anak-anak muda yang mahukan suntikan muzik yang lebih kreatif.

Secara keseluruhan, tahniah TV9 kerana menghadapkan sebuah konsert sangat menghiburkan dan yang meninggalkan satu pengalaman cukup bermakna. Tanpa jurang antara dua negara Malaysia-Indonesia, sebalik GIG Triple Play memberi satu kelainan dengan impak menakjubkan. ‘Gig of the Year’, kalau anugerah itu wujud, MD kira GIG Triple Play layak mendapat pengiktirafan tersebut.

 [nggallery id=77]

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply