Konsert Akustik Hujan Di KLPAC ~ Menghiburkan

Baru-baru ini kumpulan Hujan telah mengadakan persembahan Konsert Akustik mereka di KL PAC. Ia dianjurkan oleh Morning Rocket dan CST Production.Antara yang hadir memberi sokongan ialah Aizat Amdan, Sharifah Amani, Bront Palarae, Diandra Arjunaidi dan tidak ketinggalan isteri tersayang vokalis tersebut iaitu Mizz Nina.

Walaubagaimanapun, pergerakan kumpulan yang dianggotai oleh Mohd. Noh Salleh sebagai vokalis, Hang Dimas (keyboard) Izzat Uzaini (bass), AG Coco (gitar) dan Ambobzeela (dram) ini dilihat sedikit perlahan pada tahun lepas bagaikan seperti ada sesuatu yang tidak kena.Menjawab segala persoalan, vokalis kumpulan Hujan yang mesra disapa Noh menjelaskan, biarpun aktiviti kumpulan itu kelihatan perlahan namun sebenarnya tahun 2011 merupakan tahun yang sangat sibuk buat mereka.

Di samping mempersembahkan lagu Pagi Yang Gelap, Ahmoi Chantek, Hiba dan beberapa lagi lagu yang menaikkan nama kumpulan ini, mereka juga mempersembahkan lagu Kotarayaku hasil kolaborasi bersama Altimet pada malam itu.Selain itu, persembahan pada malam itu juga turut diselitkan segmen tribute kepada Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee melalui lagu Tunggu Sekejap.Sementara untuk lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang, Noh berduet bersama vokalis kumpulan AwanBand yang mesra disapa Faris.

Lagu lain yang dipersembahkan Hujan adalah Mencari Konklusi, Aku Skandal, Empayarmu, Rantai Rasa dan Dugaannya.Sebelum menutup tirai persembahan anjuran Morning Rocket dan CST Production tersebut, Noh turut mengajak seluruh peminat yang hadir untuk naik ke pentas dan bersama-sama menyanyikan lagu Bila Aku Sudah Tiada.

*Credit to Warner Music Malaysia for photos..

[nggallery id=50]

 

 

 

Check Also

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Pelancaran Asian Youth Festival 2026 oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Saloma Kuala Lumpur.

MALAYSIA LANCAR ASIAN YOUTH FESTIVAL 2026: PLATFORM UTAMA SOKONG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelancongan belia di rantau ini dengan pelancaran rasmi Asian …

Leave a Reply