“Konsert Pelangi Untukmu” Ning Baizura Ditunda

Konsert yang paling dinantikan, “Konsert Pelangi Untukmu” dari bintang terkenal Ning Baizura telah dijadualkan pada 21hb. September 2013 terpaksa di tunda tarikhnya kepada 16 November 2013. Ini bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini.

“Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru di tetapkan.” Kata Ning Baizura.

Tiket-tiket yang telah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian. Tiket berharga RM75 dan RM50 boleh didapati melalui Tiket Charge Hotline: +603 9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my

Check Also

Poster dokumentari DIGNIFIED The Faisal Cup Story bertemakan perjuangan anak pelarian.

DIGNIFIED: KISAH ANAK PELARIAN MENGEJAR IMPIAN DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

DIGNIFIED: The Faisal Cup Story muncul sebagai dokumentari yang mengangkat perjalanan penuh keberanian anak-anak pelarian …

Cradle kembali dengan album baharu Hela Nafasku dalam gaya rock moden.

CRADLE KEMBALI HIDUP DENGAN ALBUM BAHARU HELA NAFASKU

Cradle kembali dengan kekuatan baharu melalui pelancaran album Hela Nafasku. Selepas hampir dua dekad menyepi, …

Leave a Reply