Konsert Pelangi Untukmu Sukses

DSC_0050

Bagai dijanjikan kini tiba masa yang di nantikan, Konsert Pelangi Untukmu istimewa dari Ning Baizura yang berlangsung dari TM Conversion Centre (TMCC).

Walaupun tarikh telah ditunda, namun lebih kurang 1500 peminat setianya masih lagi sempat meluangkan masa untuk bersama Diva suara soprano ini. Dibawakan oleh Universal Music Malaysia, Mojo Resources dan HappeNings.

Melontarkan sebanyak 25 buah lagu tanpa henti, Ning mengimbau balik kenangan 20 tahun yang lampau dari mula beliau menjadi artis sehingga lah kini beliau bergelar seorang ibu. Alunan muzik pula di ketuai oleh Aylwin Santiago bersama sama dengan 8 orang pemuzik profesional.

DSC_0082

 

Perancangan awal konsert ini mula dibincangkan apabila Ning melahirkan anak sulong beliau iaitu Ryan Sky Dalton pada sembilan bulan setengah yang lalu. Dan kini semua perancangan itu menjadi kenyataan. Konsert Pelangi Untukmu ini juga ialah satu hadiah Ning kepada semua peminat nya yang membesar dengan lagu lagunya selama 20 tahun yang lalu. Bagi menuntut permintaan Ning, satu rombongan anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh telah diundang untuk menyaksikan konsert ini.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Budiey.com, Media Hiburan, TM, TicketCharge dan Suria FM yang menjadi rakan media bagi mempromosikan konsert ini. Tak lupa juga penaja pakaian Ning pada malam ini oleh Shime Mandagie, manakala pakaian pengacara majlis, Linda Onn di taja oleh Dressing Paula.

DSC_0025

 

“Kekal” begitu nama diberi untuk album terbaru Ning. Didalam album ini memuatkan 9 buah lagu hits Ning yang diberi nafas baru manakala terdapat 3 lagu baru iaitu Pelangi Untukmu, Embunan Bersinar dan Bukan Wanita Sempurna yang dijangka akan menjadi siulan ramai suatu hari nanti.

Check Also

Poster rasmi Showcase BaraBuragas menampilkan Jinbara dan Dr. Kronik di Ladyboss Studio Ipoh pada 29 November 2025.

JINBARA & DR. KRONIK BAKAL MENGGANAS!

Malam 29 November ini dijangka membara habis apabila Showcase BaraBuragas bakal berlangsung di Ladyboss Studio, …

Monosterio meraikan 20 tahun perjuangan muzik dengan pelancaran album Tari Warna.

MONOSTERIO LANCAR ALBUM TARI WARNA – 20 TAHUN PERJUANGAN MUZIK PENUH JIWA

KUALA LUMPUR – Kumpulan Monosterio melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan dua dekad …

Leave a Reply