Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya

Grup rock pertama yang masuk ke dalam Panggung Sari, Istana Budaya ini sekali lagi akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April kelak. Bermula pukul 8.45 malam, Panggung Sari juga turut dipadukan dengan persembahan 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangssan.

Membentuk kembali sebuah atmosfera rockestra, Wings sekali lagi bergandingan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer,  dipadukan lagi dengan Pengarah Muzik (Musical Director) galasan Joe Wings dan penggubah muzik orkestra (orchestra music arranger) Miss Lee Tse Wan. Hillary Ang juga menjawat tanggungjawab sebagai penyusun muzik pertama dan dibantu Rozario sebagai penyusun muzik untuk grup.

Saksikan gabungan yang bukan calang-calang dan akan membentuk atmosfera rock yang tersendiri malah boleh dijadikan sebagai sebuah tanda aras dalam sejarah persembahan sebuah grup rock tempatan.

Tiket Konsert Wings Rockestra  boleh dibeli http://www.ticket2u.biz  pada harga:

RM499 (Golden Seat) , RM399 (Front Stall), RM299 (Middle Stall), RM249 (Grand Circle Centre), RM199 (Grand Centre L&R), RM149 (Grand To End), RM99 (Upper Circle/Center), RM69 (Upper Cirlce)

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan media / temuramah, sila hubungi:-

Rouslan Mokhtar : 0122988446

Check Also

Persembahan artis legenda di Konsert Ijmal Ramadan 3.0 Kuala Lumpur

KONSERT IJMAL RAMADAN 3.0 HIDUPKAN NOSTALGIA DAN BANTU ANAK SENI

Suasana penuh emosi dan nostalgia jelas terasa apabila Konsert Ijmal Ramadan 3.0 berjaya menghimpunkan barisan …

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

TAK TERJAWAB FILEM AIDILFITRI 2026 BAWA EMOSI DAN KELANGSUNGAN

Filem Aidilfitri 2026, ‘Tak Terjawab’, memukau penonton dengan kisah kehilangan dan pencarian hidayah. Lakonan sensasi …

Leave a Reply