Kontroversi Tatu Kalimah Allah: Konsert Erykah Badu Batal!

 

Malam ini sepatutnya berlangsung konsert penyanyi-penulis lirik Amerika, Erica Abi Wright atau popular dengan nama pentasnya Erykah Badu, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Namun buat peminat-peminat, hasrat menyaksikan figura yang mendapat jolokkan “Queen of Neo-Soul” sekali lagi tinggal harapan, apabila konsert mega julung kalinya telah dibatalkan oleh kerajaan serta-merta!

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, kira-kira jam 2 petang, semalam.Ia disebabkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, pada Isnin lalu.Atas nama ‘Erykah Badu Live in KL’, konsert itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Sebelum ini telah timbul desas-desus konsert anjuran Pineapple Concerts ni akan dibatalkan. Namun disahkan ia hanya ditunda sehari  (iaitu pada malam ini). Apapun dengan pengumuman pembatalan yang diputuskan semalam, sekaligus menjadikan ini kali kedua penghibur kelahiran Dallas ni gagal membuat persembahan di sini selepas pernah membatalkan persembahannya di Sunburst Festival dua tahun lalu.

*sumber mD

Check Also

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Pelancaran Asian Youth Festival 2026 oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Saloma Kuala Lumpur.

MALAYSIA LANCAR ASIAN YOUTH FESTIVAL 2026: PLATFORM UTAMA SOKONG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelancongan belia di rantau ini dengan pelancaran rasmi Asian …

Leave a Reply