“KUCH KUCH HOTA HAI” ~ Pecah Rating Panggung Sabtu Dengan 3 Juta Penonton

Siapa sangka filem komedi romantik gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol yang diberi gelaran Golden Couple in Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai merupakan pilihan utama para penggemar filem Bollywood tempatan apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi hampir 3 juta (12.9 TVR) atau 57.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Baru sahaja ditayangkan menerusi slot Panggung Sabtu di TV3 pada 12 Februari lalu, filem Kuch Kuch Hota Hai terbukti berjaya memberi impak yang hebat bukan sahaja menerusi jalan ceita yang bagus malah tiada siapa dapat menyangkal kehebatan dan keserasian di antara pelakon popular Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee di dalam filem hindi box office tahun 1998 ini.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Walaupun sudah 14 tahun sejak ia mula ditayangkan di layar perak, para peminat filem Kuch Kuch Hota Hai di seluruh dunia masih lagi mengingati jalan cerita filem tersebut malahan ada yang berjaya menghafal lirik lagu-lagu runutnya hingga ke hari ini. Ternyata lagak Anjali yang pada mulanya tomboy tetapi berubah penampilan kerana cintanya terhadap Rahul sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua yang pernah menonton filem blockbuster India arahan pengarah tersohor, Karan Johar ini.”


 

Check Also

Konsert Wali Live Kota Kinabalu bakal berlangsung di SICC Sabah

KONSERT WALI LIVE KOTA KINABALU 12 APRIL 2026 TEBUS KEKECEWAAN SABAH

Konsert Wali Live Kota Kinabalu akhirnya sah kembali ke Sabah. Selepas perancangan terdahulu tidak menjadi …

Wali Band bakal jayakan Konsert Wali Band Kembali di Kuala Lumpur 2026

KONSERT WALI BAND KEMBALI 1 MEI 2026 JADI MALAM PENEBUSAN DI BUKIT JALIL

Konsert Wali Band Kembali bakal menjadi malam penebusan paling dinanti peminat di Kuala Lumpur. Selepas …

Leave a Reply