Penyanyi Indonesia, Ghea Indrawari, bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi konsert solo bertajuk RASI JIWA.Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 8 Mei 2026 di Zepp Kuala Lumpur.

KONSEP RASI JIWA
RASI JIWA mengetengahkan tema penerimaan diri dan perjalanan emosi manusia yang tidak sentiasa sempurna.
Melalui lagu-lagu balada beremosi, Ghea membawa penceritaan yang dekat dengan realiti kehidupan, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Menurut Ghea, Rasi Jiwa meraikan proses termasuk fasa keliru, jatuh dan bangkit semula.
PERSEMBAHAN INTIM DI ZEPP KUALA LUMPUR
Pemilihan Zepp Kuala Lumpur dilihat sesuai dengan konsep konsert yang menekankan keintiman.
Reka bentuk pentas, pencahayaan dan visual dirancang untuk mewujudkan hubungan lebih dekat antara artis dan penonton sepanjang persembahan.
HARGA DAN KATEGORI TIKET

Beberapa kategori tiket ditawarkan kepada peminat:
- Berdiri (Tingkat Bawah): RM198 – RM238
- Duduk Bernombor (Tingkat Atas): RM338 – RM368
- VIP Suite: RM5,000
- Meet & Greet: RM300
Kategori tiket dinamakan berdasarkan fasa emosi kehidupan.
MAKLUMAT JUALAN TIKET
Tiket konsert RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur boleh didapati menerusi laman rasmi GheaRasiJiwaKL.com serta platform LOKET.
Pra-jualan bermula 10 Januari 2026, jam 10.00 pagi.
Jualan awam dibuka pada 11 Januari 2026.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia