Lee Min Ho Bakal Jalani Penggambaran Filem di Malaysia

Lee Min Ho Bakal Jalani Penggambaran Filem di Malaysia | Bintang idola popular Korea, Lee Min Ho, disahkan bakal membintangi filem terbaharu terbitan hasil gabungan kerjasama produksi tiga negara iaitu Korea, Hong Kong dan China berjudul Bounty Hunters.

Dalam filem aksi-komedi itu, Min Ho memegang watak sebagai seorang yang mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri.

Kekasih kepada penyanyi dan pelakon Suzy ini akan bergandingan dengan aktres terkenal Asia kelahiran tanah besar China, Tiffany Tang yang akan menghidupkan watak seorang wanita yang berkarisma dan seksi.

Menurut agensi berita YongHap, filem tersebut dijangka menelan kos sebanyak 35.1 billion won (41.5 juta USD). 

Tambah menarik, Malaysia terpilih sebagai salah lokasi penggambaran filem tersebut selain di Korea Selatan, China dan Thailand.

Penggambaran akan bermula sekitar bulan hadapan. Manakala filem tersebut dijangka ditayangkan pada tahun depan.

Bagaimanapun setakat ini tiada mana-mana pihak mengesahkan lokasi sebenar di Malaysia yang terpilih menjadi lokasi pengambaran filem arahan pengarah Shin Tae Ra itu.

Check Also

Konsert Wali Live Kota Kinabalu bakal berlangsung di SICC Sabah

KONSERT WALI LIVE KOTA KINABALU 12 APRIL 2026 TEBUS KEKECEWAAN SABAH

Konsert Wali Live Kota Kinabalu akhirnya sah kembali ke Sabah. Selepas perancangan terdahulu tidak menjadi …

Wali Band bakal jayakan Konsert Wali Band Kembali di Kuala Lumpur 2026

KONSERT WALI BAND KEMBALI 1 MEI 2026 JADI MALAM PENEBUSAN DI BUKIT JALIL

Konsert Wali Band Kembali bakal menjadi malam penebusan paling dinanti peminat di Kuala Lumpur. Selepas …

Leave a Reply