Majlis Kesyukuran & Gong Xi Fa Cai MIG 2011/2012 Meriah

Tahun 2011 merupakan tahun paling gemilang dalam sejarah pembabitan filem di Malaysia.Kutipan kasar keseluruhan menjangkau RM108 Juta dan meletakkan Malaysia sebagai negara paling berjaya di Asia Tenggara dalam penerbitan filem.Daripada jumlah itu,warga MIG menjadi penyumbang utama sebanyak 22.2% (RM24 Juta).Untuk tahun 2012,MIG telah mendapat 10 slot wajib tayang dan menjangkakan 19 buah filem MIG ditayangkan sehingga akhir tahun ini.

Pada majlis ini,menjadi tradisi MIG untuk berkongsi rezeki dengan semua yang telah bersama-sama memastikan kejayaan yang diperolehi ini. Slogan ‘Bintang Dicipta,Bukan Dilahirkan’ membuktikan bahawa MIG berjaya mengembangkan bakat-bakat yang sedia ada seperti Shaheizy Sam,Lisa Surihani,Farid Kamil,Pierre Andre,Yana Samsuddin,Intan Ladyana,Fizo Omar dan ramai lagi.

Keberkesanan Skim 10 Pengarah Muda MIG terbukti dengan lahirnya pengarah generasi baru yang mampu menyuntik idea segar di dalam karya mereka.Ianya terbukti dengan kejayaan pengarah muda MIG seperti Ismail Bob Hasim dan Farid Kamil yang berjaya mengutip kutipan pecah panggung melebihi RM8 Juta.Begitu juga dengan pengarah muda yang lain seperti Azhari Zain,Hashim Rejab,Pierre Andre,Ollyn Khadri,Yana Samsuddin,Razif Rashid,Amiro,Nor Hazlin Salam dan Eyra Rahman.

 

 

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply