Mar Dan Uchop Ke Pentas Final Vokal 2

Aksi Uchop, Mar, Nadeera & Yus di separuh akhir VOKAL 2

Debaran semakin memuncak dan bahang kehangatan VOKAL…Bukan Sekadar Rupa musim ke-2 terus membara selepas pengumuman Marlleynney Fane J. L Paul (Mar) dan Mohmad Yusof Ahmad (Uchop) yang melayakkan diri ke pusingan akhir dimana Farah Nadeera Zaini (Nadeera), dan Yusoff Md Shah (Yus) terpaksa akur dan meninggalkan pentas VOKAL 2.

Pusingan akhir VOKAL 2 yang bakal bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26 Disember 2012 (Rabu) dari jam 9.00 – 11.00 malam menyaksikan Mar dan Uchop berentap untuk mengejar impian merangkul juara VOKAL 2 serta memenangi hadiah wang tunai RM 100,000.

Tirai konsert VOKAL 2 separuh akhir (19 Disember) dimulakan dengan persembahan penuh tenaga oleh Uchop yang menyampaikan lagu Jamal Abdillah yang bertajuk ‘Seroja’. Seterusnya, tiba giliran Mar mengambil alih pentas dengan lagu ‘Karena Ku Sanggup’ yang dipopularkan oleh Agnes Monica. Tampil sebagai peserta ketiga, Yus mempersembahkan sebuah rangkaian lagu Irama Malaysia iaitu ‘Pak Ngah Balik’ dan ‘Joget Jambu Merah’ manakala finalis terakhir pada malam ini, Nadeera mempertaruhkan lagu Misha Omar yang berjudul ‘Dedebu Cinta’ bagi membuktikan kemampuannya untuk terus berada di pentas VOKAL 2.

Sebelum melabuhkan tirai konsert VOKAL minggu ini,  kesemua finalis muncul dengan persembahan lagu bonus iaitu lagu Melly Goeslow & Ari Lasso yang berjudul ‘Jika’ sebelum pengumuman keputusan 2 finalis yang berjaya ke pusingan akhir.Seperti musim pertama, VOKAL 2 masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.

Penonton yang terlepas menyaksikan Vokal..Bukan Sekadar Rupa boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton juga dialu-alukan berkongsi komen mereka di laman sosial Twitter dengan menggunakan hashtag #Vokal2.

Check Also

Poster rasmi Jakel Fenomena Raya 2026 menampilkan Fazura dan barisan duta utama dalam busana raya eksklusif di Kuala Lumpur

JAKEL FENOMENA RAYA 2026: EVOLUSI 40 TAHUN & SINERGI EKSKLUSIF BERSAMA FAZURA

Jenama tekstil dan fesyen terkemuka negara, Jakel, terus melakar sejarah tersendiri dengan penganjuran pertunjukan fesyen …

Poster konsert solo Taeyong NCT TY TRACK REMASTERED di Kuala Lumpur pada 11 April 2026.

TAEYONG NCT UMUM KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA APRIL INI

Ketua kumpulan NCT yang berbakat besar, TAEYONG, secara rasmi mengumumkan kepulangan beliau ke Malaysia untuk …

Leave a Reply